web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Balas PMO Angkuh, Biadap - Majlis Presiden PH

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jul 2021 8:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan balas Pejabat Perdana Menteri semalam berhubung pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dianggap sebagai angkuh dan biadap, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Menurut majlis, tindakan tersebut bagaikan menegak benang yang basah, tanpa menghormati sistem Raja Berpelembagaan, malah dengan jelas mempersenda titah Baginda.

“Kenyataan balas Pejabat Perdana Menteri semalam adalah angkuh dan biadab, sedangkan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua utama negara.

“Ia juga jelas satu penderhakaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen,” kata majlis tersebut.

Kenyataan itu, ditandatangani tiga pemimpin PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu turut memperincikan situasi hubungan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Al-Sultan Abdullah yang telah tercalar.

“Amat penting dinyatakan bahawa pemerintah yang telah hilang jalinan hubungan baik dan tidak lagi taat setia kepada Seri Paduka Baginda tidak mungkin bertahan.

"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan seluruh Kabinet telah hilang keabsahan kerana kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” tegas majlis tersebut.

Seluruh jentera kerajaan juga jelas mereka, hilang kelayakan dan kewibawaan sebagai pemimpin apabila Perdana Menteri serta jenteranya gagal menjunjung titah Seri Paduka agar Ordinan-Ordinan Darurat dibahas dan diputus untuk diungkaikan di Parlimen.

Perkara pokok jelas majlis itu lagi, adalah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan telah membatalkan Ordinan-Ordinan Darurat berkuatkuasa 21 Julai, sekali gus turut mengundang rasa dukacita Yang di-Pertuan Agong.

“Kenyataan Istana Negara semalam jelas menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong belum memberi perkenan kepada pembatalan tersebut, dan Takiyuddin telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

"Peguam Negara juga gagal menjalankan tugas rasmi memberi nasihat perundangan kepada Seri Paduka Baginda secara neutral dan bebas tanpa memihak kepada Perdana Menteri,” tegas majlis.

Majlis berkenaan turut mempertikaikan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang berpihak kepada kerajaan PN untuk tidak membenarkan perbahasan ke atas Ordinan Darurat.

“Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Peguam Negara mesti meletak jawatan secara terhormat atas kesalahan menghina sistem Raja Berperlembagaan dengan mempertikai titah Seri Paduka Baginda,” katanya. - Getaran, 30 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Akta 854 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki