web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatan Perdana Menteri Perlu Diisi Segera - BERSIH 2.0

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 5:53PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatan Perdana Menteri perlu diisi pada kadar segera demi menjamin kestabilan politik.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berkata, sememangnya wajar untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Eksekutifnya, Yap Swee Teng berkata, tindakan itu sejajar dengan Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan dan ia perlu dipatuhi.

"Beliau sendiri mengaku bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen," katanya semasa dihubungi Getaran.

Menurut beliau, kemelut politik tidak berkesudahan ini sewajarnya diakhiri pada kadar segera, bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan penambahbaikan aspek kesihatan yang lebih berkesan.

“Dalam hal ini, Perdana Menteri yang baharu harus mengadakan mesyuarat khas untuk membuktikan majoriti secepat mungkin bagi menyelamatkan keadaan politik negara.

"Untuk memastikan sokongan yang luas terhadap semua dasar pemerintah, rundingan secara kolektif perlu dibuat,” katanya.

Menurutnya, tujuh tawaran kerjasama rentas parti yang diumumkan Muhyiddin 13 Ogos lalu berfungsi sebagai rujukan untuk Perdana Menteri baharu meraih sokongan Ahli Parlimen.

"Walaupun kami tidak mempunyai calon cadangan bagi Perdana Menteri baharu, Bersih 2.0 berharap, sesiapa sahaja yang dilantik dalam masa terdekat mampu memulihkan keadaan ekonomi dan politik negara,” katanya. – Getaran, 17 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah