web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyerang Kamal Adli Tidak Dibenar Ikat Jamin

Hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 3:18PM

Kamal Adli selepas menjalani pembedahan - Gambar Instagram Kamal Adli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mahkamah Singapura tidak membenarkan lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli diikat jamin.

“Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin,” kata Hakim Daerah Brenda Tan hari ini.

Hakim bersetuju terhadap permohonan pendakwaan untuk tidak menawarkan ikat jamin dan menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

“Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei,” kata Tan.

Tertuduh sebelum itu direman tiga minggu di IMH untuk pemerhatian psikiatri.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac atas pertuduhan “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya”.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalaha dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman itu.

Terdahulu, tertuduh yang hadir di mahkamah, membantah permohonan pendakwaraya untuk tidak membenarkan dia diikat jamin.

Tertuduh yang ditanya Tan berhubung bantahannya, berkata semakan IMH telah mendapati dia "berkelakuan dan bertingkah laku baik".

"Jadi saya tidak nampak kenapa saya tidak diberi tawaran jaminan," kata tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Tan menangguhkan kes itu selama kira-kira tiga minit bagi membolehkan mahkamah membaca dua perenggan, khususnya 18 dan 21 dalam laporan IMH, kepada tertuduh.

Tertuduh yang memakai baju-T hitam kemudiannya berkata "tidak semua dalam perenggan 18 dan 21 adalah benar...saya tidak setuju."

Pada 12 Mac kira-kira 9.19 malam, Polis Singapura menerima maklumat mengenai kes tertuduh didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton di 1 Expo Drive.

Polis merampas baton itu yang menjadi barang kes.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 di Dewan 5A Ekspo Singapura selama tiga hari bermula 10 Mac. Insiden berlaku di penghujung acara itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara