web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jom Gembirakan Hati, Pilih Makanan Yang Betul

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Jika betul pemilihan diet kita, bukan sahaja perut kenyang, malah badan turut sihat dan hati bertambah riang.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2021 2:36PM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kita adalah apa yang kita makan. Kerana itulah diet memainkan peranan penting dalam kehidupan. Jangan ambil mudah. Diet yang tidak bagus bukan sahaja mengundang masalah kesihatan fizikal, malah ia juga menjemput masalah mental.

Pandemik COVID-19 yang membelenggu masyarakat dunia ketika ini sudah semestinya membawa impak kepada kesihatan mental. Rutin kehidupan semakin terbatas. Tiada lagi nikmat untuk bersosial. Tiada lagi waktu senggang untuk meninjau destinasi-destinasi percutian idaman.

Akhirnya, stres mula bertandang. Pernah tidak ketika bangun pagi anda berasa kosong dan tidak punya hati untuk melalui hari yang panjang? Pernah tidak ketika ingin melakukan sesuatu pekerjaan, anda seperti tiada perasaan untuk melakukannya walaupun ia sebenarnya pekerjaan atau tugasan yang anda gemari?

Emosi naik turun adalah satu perkara biasa yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jadi, bagaimana agaknya untuk memulihkan hati yang 'sakit' ini? Salah satu caranya adalah menerusi diet.

Jom semak apa makanan yang boleh menaikkan emosi agar kita lebih gembira.

Coklat Gelap

Menurut satu kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nestlé di Switzerland baru-baru ini, makan coklat gelap (sekitar 40 gram) setiap hari selama dua minggu boleh mengurangkan hormon stres, termasuklah kortisol.

Kajian ini menunjukkan polifenol (antioksidan) yang ada di dalam coklat, dan juga buah-buahan serta sayuran mempengaruhi tingkat stres seseorang individu. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa 40 gram coklat bersamaan dengan 235 kalori.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Teh hijau

Dalam satu kajian yang meneliti tahap stres 40,000 orang penduduk di Jepun, didapati bahawa 20 peratus individu yang minum lima cawan teh hijau sehari memiliki tahap stres yang lebih rendah berbanding mereka yang hanya minum satu cawan teh sehari.

Walau bagaimanapun, kebahagiaan hati masih dipengaruhi oleh faktor-faktor lain termasuk usia, jantina, sejarah kesihatan, dan gaya hidup.

Ikan

Ikan yang tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti salmon dan tuna adalah antara makanan yang dapat membantu memperbaiki emosi. Terdapat kajian yang mengatakan asid lemak ini membantu menghasilkan tisu otak.

Jadi cubalah masukkan ikan dalam diet harian untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan otak, sekali gus memperbaiki emosi agar kekal stabil dan efektif.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Ayam

Isi ayam tanpa lemak atau kulit boleh menaikkan emosi kerana ia membantu meningkatkan pengambilan asid amino tryptophan yang dapat membantu penghasilan serotonin, salah satu pengutus saraf yang paling penting berkaitan emosi.

Ayam juga mengandungi asid amino lain yang dipanggil tirosin yang dapat membantu mengurangkan simptom kemurungan.

Strawberi

Strawberi adalah antara buah dalam kumpulan beri yang paling digemari. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrien seperti vitamin A dan C yang dapat meningkatkan bahan kimia yang menghasilkan rasa gembira pada bahagian otak.

Avokado

Buah ini mempunyai banyak manfaat, terutama untuk fungsi otak. Ia adalah makanan pengimbang hormon semula jadi terbaik untuk memperbaiki emosi. Pengambilan avokado dalam diet harian boleh memastikan otak menghasilkan bahan kimia yang diperlukan untuk kekal berada dalam emosi terbaik.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Anggur

Jika anda sedang berdiet, buah ini sangat bagus untuk waktu snek kerana ia tinggi dengan kandungan serat. Malah, buah kegemaran ramai ini amat bermanfaat untuk menjadikan emosi anda bertambah baik. Ini kerana ia kaya dengan antioksidan, terutamanya flavonoid, yang memberi kesan kepada emosi.

Makanan berkarbohidrat

Satu kajian di dalam Archives of Internal Medicine ada menyatakan bahawa mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat (20 gram ke 40 gram) selama setahun lebih sering mengalami depresi, rasa cemas, dan marah berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah lemak, tinggi karbohidrat, dan fokus pada susu rendah lemak, biji-bijian, buah-buahan, dan kekacang.

Penyelidik memutuskan bahawa karbohidrat meningkatkan produksi serotonin, bahan kimia otak yang memberikan perasaan baik. Diet rendah karbohidrat selama setahun juga boleh mengundang mood negatif. Ada baiknya makan karbohidrat sihat rendah glisemik seperti beras merah atau pasta gandum.

Kekal sihat, kekal positif untuk hidup lebih gembira. - Getaran, 27 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Cocoa Straits 1778 Perkenal Coklat Dihiasi Kerajang Emas 24k Pertama Di Malaysia

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Hari Bapa, 5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Hero Anda

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 22 jam yang lalu

Tip Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

Ibu bapa tidak boleh sambil lewa tentang perkara ini kerana ia boleh merisikokan tumbesaran dan pembelajaran anak-anak

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 10 jam yang lalu

Finalis Dewi Remaja, Adriana Ghafar Lancarkan Koleksi Puisi

Koleksi berjudul ‘Everything In Between’ ini turut menyaksikannya berkerjasama dengan Women Of Will

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran