web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Resipi Kopi Ais Sensasi Raya Haji

Dinginkan Aidiladha anda dengan sajian minuman bergaya oleh Nespresso.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Raya Aidiladha tahun ini jatuh pada tanggal 20 Julai 2021 (esok). Dek cuaca panas dan bahang yang tak menentu baru-baru ini, apa kata anda cuba bancuh air kopi ais untuk dihidangkan bersama juadah kebiasaan Raya Korban?

Nespresso mengundang pencinta kopi untuk bersantai bersama keluarga lebaran ini dengan keluaran kopi artisan terbaharunya yang boleh diolah dengan ais. Cubalah, tentu anda tidak akan menyesal! 

 

 

#1 Exotic Coconut Flavour Macchiato Over Ice

Rasa kelapa yang seimbang dengan aroma indah karamel panggang dari Amerika Latin. Kacang Brazil menyuntik kelembutan dalam campuran kopi Arab. Sedikit aroma vanila mengalir seperti bayu dalam secawan kopi kelapa istimewa ini. 

Langkah-langkah:

  1. Tuangkan susu dan santan ke dalam shaker
  2. Kemudian goncangkan sehingga sebati
  3. Masukkan pula tiga ketul ais (30g)
  4. Tambahkan sirap safron dan hirisan limau nipis
  5. Ekstrak 40ml kapsul Nespresso Exotic Coconut Flavour 
  6. Tuangkan busa susu dan kacau
  7. Sagat kelapa di atasnya dan sedia untuk diminum!


#2 Ice Vanilla Cocoa

Nikmati kopi kelapa dengan sentuhan vanila! Pencinta kopi boleh membuat secawan kopi dengan resipi khas rasa vanila yang lazat ini dengan cara mudah di bawah.

Langkah-langkah:

  1. Tuangkan sirap gula (10g), susu dan susu vanila ke dalam gelas dan kacau.
  2. Ekstrak dua kapsul Nepresso berperisa kelapa (80ml).
  3. Tuangkan semuanya ke dalam gelas. 
  4. Hiaskan kopi vanila ais bersama ais krim vanila, biskut kelapa dan serbuk coklat.

#3 Latte Marine Blue

Bagi memperkayakan lagi rasa dan aroma, Nespresso turut memperkenalkan Monin Syrup (50ml) dalam tiga perasa – Vanilla, Tiki dan Saffron. Sebotol sirap ini mengandungi perasa sumber semula jadi dan dicipta khas untuk meningkatkan lagi rasa kopi.

Langkah-langkah:

  1. Tuangkan Blue Curaçao Syrup (30g) bersama sirap gula (20g).
  2. Masukkan tujuh hingga lapan ketul ais.
  3. Hati-hati tuangkan susu sejuk (160ml) di atasnya.
  4. Ekstrak dua kapsul Nespresso Freddo Delicato dan tuangkan ke dalamnya.
  5. Hiaskan dengan daun rosemary.

Layari Nespresso Malaysia untuk maklumat lanjut. – 19 Julai 2021

Semua gambar: Nespresso Malaysia

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Hari Raya Aidiladha Disambut Meriah Di Seluruh Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN