web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Peniaga Naikkan Harga Barangan - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:11PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati mencatut atau mengaut untung tinggi.

Ia bagi mengekalkan kestabilan harga, khususnya barangan asas pengguna dengan memastikan tiada manipulasi dilakukan atau pengambilan untung tidak munasabah dalam kalangan peniaga.

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, pihaknya memandang serius isu kenaikan harga ayam dan telur, justeru pemantauan ketat akan dilakukan ke atas harga dan status dua bahan tersebut.

“Setakat ini, sebanyak 291 notis bertulis di bawah Seksyen 21, AKHAP 2011 telah dikemukakan kepada peniaga untuk mendapatkan perincian maklumat transaksi jualan dan kos bagi mengesan aktiviti peningkatan harga serta kesalahan mencatut.

“KPDNHEP turut menggerakkan lebih 1,000 Pegawai Pemantau Harga (PHH) untuk memantau harga barangan keperluan dan lebih 2,200 Pegawai Penguat Kuasa (PPK) setiap hari bagi memeriksa harga dan bekalan di seluruh negara,” katanya.

Jelas beliau, kenaikan harga barangan tersebut disebabkan berlaku peningkatan kos di peringkat pembekalan.

Perincian maklumat kos katanya, akan disiasat bagi mengesan punca sebelum sebarang tindakan diambil.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, harga ayam dan telur tidak termasuk dalam senarai barang kawalan kecuali pada musim perayaan utama di Malaysia, melalui pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

“Permintaan pada waktu tersebut meningkat dan biasanya akan memberi tekanan kepada harga barangan keperluan perayaan.

“Pemantauan dan pemeriksaan turut dilaksanakan di peringkat makanan (dedak) ayam,” katanya.

Pengguna yang berdepan insiden kenaikan harga katanya, boleh menyalurkan aduan dengan memberikan maklumat lengkap lokasi dan premis kepada KPDNHEP melalui portal e-aduan.kpdnhep.gov.my, pusat khidmat panggilan di talian 1800 886 800 atau emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my.

“Selain itu mereka juga boleh menyalurkan aduan melalui aplikasi Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088 dan WhatsApp pada nombor 019-2794 317,” katanya.  - Getaran, 9 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Stoking Kalimah Allah: Anwar Mahu Tindakan Segera Dilaksana Ikut Undang-Undang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah