web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Perlu Semak Semula Kaedah Pelaporan Semasa Statistik Harian COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:27PM

J Solomon - Gambar dari nube.org.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyemak semula kaedah pelaporan semasa bagi memudahkan orang ramai memperoleh maklumat terkini dan mengelakkan sebarang persepsi negatif.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, kewujudan pelbagai set data mengenai status kes COVID-19 di Malaysia boleh mengelirukan orang ramai yang sememangnya berdepan pelbagai tekanan apabila krisis kesihatan ini terus berlanjutan.

Menurut beliau, terdapat tiga atau empat data setiap hari mengenai perkembangan COVID-19 yang boleh diperoleh di laman KKM atau oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Pertama, statistik dikeluarkan menerusi portal terkini COVIDNOW, yang lazimnya muncul menjelang tengah hari setiap berdasarkan data jam 11.59 malam hari sebelumnya, manakala kedua catatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan menerusi media sosial beliau.

“Satu lagi pula ialah kenyataan media oleh Kementerian Kesihatan pada sebelah petang setiap hari (berdasarkan data setakat jam 12 tengah hari),” katanya hari ini.

Solomon berkata, apa juga bentuk data atau statistik yang hendak digunakan, seharusnya konsisten bagi membolehkan setiap pengguna data tidak terkeliru, khususnya media yang sentiasa berusaha untuk menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai.

Akibat kekeliruan katanya, media menyiarkan set data berbeza antara satu sama lain mengenai jumlah kes jangkitan harian terkini, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai ketepatan data.

“Bagi menangani masalah ini, pihak NUBE menyarankan KKM menggunakan satu kaedah seragam, yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), dalam menyediakan maklumat terkini secara konsisten.

“KKM juga harus menentukan satu waktu khusus, sama ada jam 11.59 malam atau 12 tengah hari keesokannya, supaya semua maklumat dikeluarkan tidak mengelirukan dan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai aspek keseragaman data terkini,” ujarnya.

Solomon berkata, Malaysia telah memperuntukkan dana yang besar untuk pembangunan teknologi maklumat bagi tujuan mengumpulkan data, justeru kerajaan tidak wajar berkompromi dari aspek ketelusan dan konsistensi dalam pentadbiran bagi mempertahankan asas kepercayaan rakyat.

“Kami tidak pasti sama ada KKM kini dalam proses menyelaraskan kaedah pelaporan data harian tetapi NUBE berharap, Kementerian Kesihatan akan menyemak semula kaedah pelaporan semasa bagi memudahkan orang ramai memperoleh maklumat terkini dan mengelakkan persepsi negatif mengenai proses pelaporan harian semasa,” katanya. - Getaran, 16 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi