web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar Lampu Merah, Warga Emas Maut Digilis Lori Tanah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 1:52PM

Lokasi kejadian mangsa maut selepas digilis lori tanah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI SIPUT - Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, seorang warga emas maut selepas digilis sebuah lori membawa muatan tanah di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 28.5, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Getaran difahamkan, nahas jam 8.15 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berusia lingkungan 60-an dan menunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kemalangan tersebut membabitkan motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang mangsa dari arah Lintang manakala lori terbabit datang dari arah Kuala Kangsar.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada tindakan mangsa yang melanggar lampu isyarat merah.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian lampu isyarat berkenaan, motosikal ditunggang mangsa terus melepasi lampu isyarat merah, sehingga mengakibatkan lori dipandu lelaki berusia 30-an gagal mengelak lalu melanggar dan menggilis warga emas berkenaan.

“Akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mohd Khaizam berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat.

Menurutnya, pemandu lori itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang