web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat 2 Pemancing Lemas Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 6:01PM

Operasi pencarian mangsa ditamatkan pada 9.30 pagi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing di Jeti Mados Air Putih di sini, kelmarin ditemui lemas, pagi tadi. 

Mayat Ramdan Sulaiman, 50 dan Amiruddin Abdul Malik, 53, ditemui nelayan tempatan dalam kedudukan antara 200 meter hingga lima kilometer dari bot mereka. 

Komander Operasi, Al Hasra Mohamed berkata, mayat mangsa pertama ditemui kira-kira lima kilometer dari lokasi bot pada jam 7.10 pagi, manakala mangsa kedua dijumpai jam 8.04 pagi pada jarak 200 meter dari bot.

“Kedua-dua mayat telah kami serahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi pencarian mangsa juga telah kami tamatkan pada 9.30 pagi tadi,” katanya. 

Semalam Getaran melaporkan, dua lelaki yang sedang memancing dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dari bot dinaiki, kelmarin. 

Seorang saksi iaitu pekerja korek pasir berhampiran lokasi mengesahkan melihat kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti memancing, dan mendengar jeritan sebelum mereka lenyap daripada pandangan. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia