web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Segera Bahas Kes Pegawai SPRM Di Dewan Rakyat - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 8:04AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes penyelewengan membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, kejadian itu melibatkan persepsi amanah ke atas sebuah institusi dilantik Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perlu ditangani dengan serius.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi penjelasan lanjut terhadap Dewan Rakyat, memandangkan ia berpotensi mencemarkan integriti dan kepercayaan terhadap suruhanjaya tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyatakan bahawa polis tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan berlakunya kecurian barangan kes membabitkan wang tunai RM25 juta milik seorang individu yang pernah disiasat SPRM dan didakwa di mahkamah.

"Maka dengan ini saya mohon Perdana Menteri memberi penjelasan penuh kepada Dewan Rakyat kerana ia telah mendatangkan persepsi tidak baik malah mampu mencemarkan kebolehpercayaan terhadap institusi SPRM," katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, usul membabitkan kes tersebut perlu dibahas pada kadar segera demi kepentingan dan kemaslahatan rakyat.

Cadangan beliau itu turut menerima sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tampil mempertahankan usul berkenaan di Dewan Rakyat, semalam.

“Saya mohon pertimbangan kerana kes ini antara yang agak serius kebelakangan ini yang bukan sahaja melibatkan kecuaian SPRM.

“Ini bahkan membabitkan pihak polis, juga melibatkan Bank Negara kerana penyelewengan kewangan ini berlaku dalam jumlah begitu besar," jelasnya.

Isnin lalu, tiga pegawai kanan SPRM ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan, membabitkan kes seorang bekas ketua jabatan.

PDRM bagaimanapun mengesahkan, mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung reman dikenakan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut, selepas didakwa terbabit mencuri barang kes berupa wang tunai berjumlah lebih RM25 juta. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka