web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rokok, Arak Seludup Lebih RM2 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 9:25PM

Noh (tengah) menunjukkan rokok serta arak yang dirampas di Jalan Stesen, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara berjaya menahan dua lelaki disyaki penyeludup dan merampas pelbagai jenis rokok serta minuman keras dianggarkan bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Stesen, di sini, awal pagi, hari ini.

Getaran difahamkan, penahanan kedua-dua suspek berusia 51 dan 59 tahun itu dibuat jam 2.15 pagi hasil maklumat awam serta risikan yang dijalankan menerusi Op Kontraban.

Timbalan Komander PGA Briged Utara, Asisten Komisioner (ACP) Noh Khamis berkata, siasatan mendapati premis berkenaan dijadikan stor penyimpanan rokok dan minuman keras.

Katanya, pemeriksaan dijalankan menemui 4,105 karton pelbagai jenis rokok, 38,628 tin arak dan 3,421 botol minuman keras.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas sebuah lori dan kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan tersebut.

“Modus operasi sindiket ini ialah menggunakan bungkusan plastik untuk membungkus semua barangan terbabit bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

“Hasil siasatan awal mendapati, mereka sudah aktif sejak enam bulan lalu dan barangan seludup itu diambil dari kawasan Lembah Klang,” katanya pada  sidang media di sini, hari ini.

Noh berkata, siasatan lanjut mendapati kesemua barangan terbabit adalah untuk edaran ke kawasan perkampungan Orang Asli serta kedai runcit di Bidor, Kampar, Tapah, Teluk Intan dan Cameron Highlands.

“Kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut manakala kesemua rokok serta minuman keras itu dirampas,” katanya. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang