web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tipu Kutip Derma Lindungi Haiwan, PDRM Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 10:05AM

Mohamad Fakhrudin berkata pihaknya sudah menerima lima laporan polis tentang perkara tersebut setakat ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Polis membuka kertas siasatan selepas menerima beberapa laporan penipuan kutipan derma, oleh pihak yang menyamar sebagai pelindung haiwan menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis sudah menerima lima laporan polis setakat ini membabitkan penipuan berkenaan.

“Laporan pertama diterima pada Rabu, melibatkan seorang mangsa yang kerugian hampir RM15,000, melibatkan pembayaran yang telah dibuat ke dalam dua akaun bank berbeza.

“Susulan kejadian, satu lagi laporan diterima berhubung satu artikel di Facebook mengenai satu pihak yang menyamar sebagai organisasi yang terlibat dalam memelihara, memberi pertolongan dan perlindungan kepada haiwan selain mendapatkan sumbangan derma,” katanya hari ini.

Jelas beliau, kertas siasatan telah dibuka berkaitan laporan polis yang diterima pihaknya.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya

Mohamad Fakhrudin berkata, orang ramai diminta agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang kenyataan kutipan derma di platform media sosial.

“Semak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebagai pencegahan awal untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya. - Getaran, 26 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 48 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka