web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


83.1 Peratus Individu Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 1:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR. - Seramai 19,454,273 individu, atau 83.1 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitternya hari ini memaklumkan sebanyak 93.7 peratus atau 21,923,560 individu daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat semalam.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (KKM) pula dalam perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini memaklumkan 59.7 peratus atau 19,481,412 daripada keseluruhan populasi Malaysia sudah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 0.9 peratus atau 27,139 remaja sudah lengkap divaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi dewasa dan remaja, sebanyak 259,141 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 114,618 suntikan dos pertama dan 144,523 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin COVID-19 negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencecah 42,106,397 setakat semalam.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara dengan PICK remaja dimulakan pada 8 September.

COVIDNOW turut melaporkan sebanyak 228 kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan setakat 11.59 malam tadi, menjadikan kumulatif kes kematian kini berjumlah 25,159.

Menurut portal GitHub KKM, jumlah itu merangkumi lapan kematian sebenar COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam semalam manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Berdasarkan graf purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari pula, 89 kes kematian sebenar akibat COVID-19 dicatatkan.

Sebanyak 36 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia