web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


15,000 Pelajar UM Bakal Terima Sumbangan Mr D.I.Y

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 6:48PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 15,000 pelajar Universiti Malaya (UM) bakal menerima sumbangan e-tunai sebanyak RM4.5 juta menerusi program #DIY4UM yang dilaksanakan dengan usaha sama Touch ‘n Go melalui platform e-Wallet bermula 1 November depan.

Jenama peruncit tempatan, MR DIY Group (M) Berhad (MR DIY) dalam satu pengumuman berkata, inisiatif berkenaan membolehkan setiap pelajar menerima bantuan RM300 setiap seorang sebaik kembali ke kampus Oktober depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong berkata, program tersebut bertujuan membantu pelajar membuat persiapan kembali ke kampus dengan lancar dan mudah.

"Bantuan tunai ini akan diberikan kepada para pelajar melalui Touch ’n Go eWallet, dengan bayaran sebanyak RM100 dalam tiga peringkat iaitu pada 1 dan 30 November serta 30 Disember.

"Semua pelajar Universiti Malaya boleh melakukan pendaftaran dalam talian melalui Portal Maya UM dari 3 Oktober 2021, dan mengesahkan mereka mempunyai dompet digital Touch ’n Go eWallet," katanya hari ini.

Jelas Adrian Ong, pada masa sama, para pelajar juga akan menerima pulangan tunai sebanyak RM10 apabila melakukan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan MR DIY.

Katanya, inisiatif #DIY4UM merupakan usaha sama antara MR DIY dan UM serta Kementerian Pendidikan (KPM) selama empat tahun untuk menganjurkan peraduan DIY Made Simple bagi sekolah-sekolah di bawah UM’s Community and Sustainability Center (UMCares).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Touch ‘n Go Group Effendy Shahul Hamid berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk menyokong inisiatif ini dan memuji usaha MR D.I.Y yang tampil membantu pelajar menghadapi pandemik.

"Kami amat gembira dengan usaha sama kami ini disalurkan untuk dimanfaatkan oleh komuniti, khususnya, penuntut Universiti Malaya," katanya. - Getaran, 28 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 30 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki