web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anti Vaksin Perlu Tindakan Tegas - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 4:38PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas kumpulan anti vaksin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana kumpulan terbabit semakin menjengkelkan apabila aktif menyebar berita palsu yang mengancam kesihatan awam.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan berkenaan.

“Pihak KKM sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin.

“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan dan lain-lain) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai respon kepada ciapan seorang pakar perubatan, Dr Sakinah Sulong yang mempersoalkan adakah kumpulan anti vaksin di negara ini kebal kerana tidak pernah didakwa.

Ciapan Dr Sakinah yang turut menyaksikan nama Khairy dipetik itu antara lain mempertikaikan tindakan kumpulan tersebut, apabila sewenang-wenangnya memetik nama menteri dan menabur fitnah tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Adakah saya seorang sahaja yang rasa anti vaksin kat Malaysia ini kebal sekebal-kebalnya? Malah mantan Perdana Menteri, Presiden UMNO pun turun naik mahkamah, tetapi anti vaksin ini lebih hebat lagi.

“Petik nama Menteri sesuka hati. Tabur fitnah sana sini. No Action (tiada tindakan). Sampai bila @KhairyKJ,” katanya. – Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia