web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ops Patuh DBKL, 41 Premis Perniagaan Ditutup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 4:24PM

41 premis perniagaan ditutup kerana gagal mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). - Gambar dari Facebook DBKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 41 premis perniagaan ditutup menerusi Ops Patuh yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di 11 kawasan bermula 1 Oktober sehingga Jumaat lalu.

Jurucakap DBKL berkata, 419 premis atau syarikat telah diperiksa sepanjang operasi, termasuk pusat hiburan, restoran, kedai pakaian atau jahitan baju dan kedai runcit.

“Tiga notis kompaun dikeluarkan menerusi Akta 342 mengikut prosedur operasi (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Tindakan itu bagi memastikan setiap pihak mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah peruntukan undang-undang DBKL,” katanya hari ini.

Menurut beliau, 27 warga asing turut ditahan sementara bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan.

“Tindakan sita turut diambil ke atas 15 barangan terdiri daripada ‘mixer’, monitor, pembesar suara dan lain-lain lagi.

“Sepanjang tempoh dua minggu ini juga, DBKL telah mengeluarkan sebanyak 114 kompaun atas pelbagai kesalahan dan Ops Ops Patuh akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut bidang kuasa DBKL,” katanya. - Getaran, 17 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 2 bulan yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 59 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 29 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang