web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Pengedaran Dadah Tanjong Karang Tumpas, Lelaki 52 Tahun Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 2:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Bagan Pasir, Tanjong Karang, Kuala Selangor di sini dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 52 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Superintenden Rizal Mohamed berkata, lelaki terbabit ditahan susulan penemuan pelbagai jenis dadah seberat 42.1 gram, semasa anggota bertugas membuat pemeriksaan lanjut.

"Lelaki warga tempatan terbabit didakwa berkelakuan mencurigakan ketika berada dalam kawasan hutan paya bakau sebelum anggota bertugas bertindak membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan pada jam 12.30 tengah hari itu membawa kepada penemuan 26 paket lutsinar yang mengandungi ketulan kristal dan serbuk putih," katanya semalam.

Turut dirampas 12 peket lutsinar dan dua tiub straw berisi ketulan kristal serta serbuk dadah dipercayai syabu dengan anggaran berat 8.10 gram serta sebiji pil disyaki Eramin 5 seberat 2 gram.

Menurut beliau, kesemua rampasan itu menghasilkan nilai pasaran berjumlah RM1,415.

“Suspek bersama bungkusan dadah itu kemudian dibawa ke Balai Polis Tanjong Karang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 22 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 22 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi