web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semak Semula Bajet 2022, Kurangkan Beban Hutang Negara - Tun M

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 5:39PM

Dr. Mahathir Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 disemak semula supaya dapat mengurangkan beban hutang negara pada masa akan datang.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jumlah peruntukan dalam belanjawan tersebut terlalu tinggi dan boleh menyumbang kepada peningkatan hutang negara.

Menurut beliau, kerajaan perlu berhati-hati supaya perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan dan beban hutang negara tidak digalas generasi seterusnya.

“Memang mudah untuk mengadakan belanjawan yang disukai ramai. Bajet 2022 menunjukan tambahan peruntukan untuk semua pihak.

“Angka hutang boleh diturunkan peratusannya dengan menaikkan harga syiling  yang dibenar. Tetapi jumlah hutang tidak boleh diturunkan. Hutang mesti dibayar. Tidak bayar hutang negara akan diisytihar bankrap,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menyatakan demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

“Sebenarnya kerajaan sekarang perlu berhati-hati supaya tidak membebankan kerajaan yang akan datang,” katanya.

Beliau memberitahu, ada kemungkinan kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan membabitkan beberapa sektor seperti pendidikan, pertanian dan telekomunikasi dengan menggunakan teknologi baharu serta penswastaan.

“Tetapi setelah sektor telekomunikasi diswastakan, kerajaan mengambil alih teknologi terkini yang akan memerlukan berbilion ringgit untuk dibekalkan kepada pelanggan.

“Apa perlunya kerajaan terlibat dalam khidmat ini? Tentulah lebih baik diserah kepada syarikat telekomunikasi yang sekian lama membekal sistem komunikasi dalam negara. Ia membantu kerajaan menyelamatkan sejumlah besar peruntukan dalam belanjawan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, semakan semula itu membantu kerajaan mengenal pasti perkara yang sepatutnya boleh dikurangnya, sekali gus mengurangkan beban hutang negara pada masa depan.

“Saya juga mahu tahu, dari mana kerajaan memperolehi  wang sebanyak RM332 bilion dalam Bajet 2022, sedangkan pendapatan kerajaan adalah sebanyak RM234 bilion sahaja.

“Selama satu jam saya mendengar bagaimana kerajaan akan mencurah wang dengan banyaknya kepada siapa sahaja. Saya tidak dapat tunggu sampai tamat ucapan. Tetapi sehingga tamat ucapan tidak ada sesiapa yang tertinggal. Semua dapat peruntukan yang bertambah,” katanya.

Reaksi semua pihak selepas pembentangan itu jelas beliau, menampakkan dengan jelas bahawa majoriti mereka gembira dengan semua peruntukan diberikan.

“Saya percaya jika PRU diadakan lusa, (semua) parti kerajaan akan menang besar.

“Kemungkinan besar ialah kerajaan akan berhutang. Dari RM332 bilion peruntukan, RM98 bilion adalah hutang,” katanya. - Getaran, 2 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka