web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelantikan Pengarah Wanita Majukan Kaum Hawa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 3:07PM

Wan Nuradila Huda Wan Zaidon

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan kerajaan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita dalam Bajet 2022, membuka ruang kepada kaum Hawa sebagai penentu keputusan dan hala tuju syarikat senaraian awam.

Pengarah Operasi Baituljannah, Wan Nuradila Huda Wan Zaidon, berkata, Malaysia antara negara yang mempunyai ramai wanita berpendidikan tinggi selain berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, sekali gus membolehkan mereka diketengahkan sebagai pengarah syarikat senaraian awam.

Menurut beliau, McKinsey & Company, sebuah firma perundingan pengurusan sedunia yang menumpukan kepada penyelesaian isu berkaitan pengurusan atasan merumuskan bahawa kesaksamaan ekonomi wanita baik untuk sesebuah organisasi perniagaan.

“Syarikat dapat meraih manfaat besar dalam konteks kecekapan organisasi dengan meningkatkan peluang kepimpinan untuk wanita.

“Dengan adanya tiga atau lebih wanita dalam pengurusan kanan meraih mata lebih tinggi dalam semua ukuran dimensi kecekapan organisasi kerana golongan berkenaan mampu menjalankan tugas dengan lebih baik dalam dalam bidang tersebut,” katanya kepada Getaran.

Wan Nuradila berkata, Sheryl Kara Sandberg, Ketua Pegawai Operasi Meta Platform (dahulu dikenali sebagai Facebook Inc.) ialah antara contoh wanita berjaya dalam pengurusan tertinggi dan kepimpinan organisasi.

“Beliau merupakan penggerak utama dalam mencipta model perniagaan Facebook iaitu enjin Facebook Ads, yang kini digunapakai oleh usahawan hampir di seluruh pelusuk dunia dalam memasarkan jenama dan perniagaan mereka,” katanya.

Wan Nuradila Huda berkata, idea lelaki dan wanita akan saling melengkapi sekali gus boleh menghasilkan pengurusan dan produktiviti yang baik, sesuai dipraktik dan digunapakai oleh semua jantina.

Mekanisme itu katanya, akan membawa keuntungan kepada syarikat sehingga membawa kepada pembangunan ekonomi negara yang berganda.

“Pembangunan sistem yang menitikberatkan perihal wanita, diyakini mampu memainkan peranan dalam syarikat dan menempa kejayaan pasaran.

“Selain daripada itu, pelantikan pengarah wanita di dalam syarikat senaraian awam juga dapat mengelakkan daripada golongan itu terpinggir dan diabaikan di negara,” katanya.

Wan Nuradila menarik perhatian, Malaysia sebenarnya telah bersedia melihat wanita maju ke hadapan dengan penglibatan sebagai pengurusan dan pentadbiran tertinggi di sesebuah organisasi.

“Ini dapat dilihat apabila pentadbiran negara Malaysia sendiri yang pernah mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di dalam sejarah iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya. – Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Seludup Pil Yaba Lebih RM120,000, 2 Wanita Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi