web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelaksanaan PKP, Tahi Judi Guna Kaedah Dalam Talian - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 5:16PM

Abd Jalil Hassan menunjukkan graf Pertuduhan Op Dadu seluruh negara bagi Januari 2019 hingga Oktober tahun ini pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan tahi judi mula beralih daripada perjudian konvensional kepada kegiatan dalam talian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Trend itu dapat dilihat menerusi peningkatan serbuan judi atas talian sejak tahun 2020 dan 2021 berbanding tahun 2019.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, jumlah serbuan judi atas talian sebanyak 4,327 namun mencatatkan peningkatan pada tahun berikutnya berdasarkan statistik tahun 2019..

“Pada tahun 2020, 6,350 serbuan judi atas talian dijalankan manakala setakat bulan Oktober tahun ini, sebanyak 6,321 serbuan telah dilaksanakan.

“Peningkatan kes judi atas talian ini dipercayai disebabkan pelaksanaan PKP sejak pandemik COVID-19 melanda negara selain kemudahan teknologi internet,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 17,382 serbuan membabitkan 25,643 tangkapan berjaya dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Dadu di seluruh negara sejak awal tahun ini sehingga 31 Oktober lalu.

Jelas Abd Jalil, ia turut membabitkan rampasan 18,038 unit komputer, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM8,297,213.

"Serbuan loteri awam tanpa lesen adalah penyumbang tertinggi kepada jumlah serbuan iaitu sebanyak 9,561 diikuti judi dalam talian (6,321), catit taruh (535), judi dalam bangunan (407), judi luar bangunan (294) dan 'calling center' (264)," katanya.

Beliau berkata, sejumlah 15,958 serbuan dilakukan tahun lalu, melibatkan tangkapan ke atas 26,656 individu.

“Kita merampas sebanyak 25,098 unit komputer, komputer riba dan telefon bimbit dan wang tunai RM9,201,631 dirampas," katanya.

Beliau berkata, serbuan ke atas loteri awam tanpa lesen adalah penyumbang tertinggi kepada jumlah serbuan iaitu 8,324 diikuti judi dalam talian (6,350), judi dalam bangunan (408), judi luar bangunan (400), 'calling center' (264) dan catit taruh (275).

"Bagi jumlah pertuduhan kes perjudian pula, sebanyak 15,958 kertas siasatan dibuka, membabitkan 7,632 pertuduhan atau 47 peratus tahun lalu.

"Pada tahun ini, jumlah tersebut meningkat kepada 17,382 kertas siasatan dan 8,362 pertuduhan bersamaan 48 peratus,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan Abd Jalil berkata, Kementerian Kewangan melesenkan 161 operator perjudian dan pemantauan berterusan dibuat bagi memastikan tiada pelanggaran syarat-syarat lesen.

"Kita lihat tiada penambahan premis judi berlesen dan tiada penambahan lesen dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan," katanya. - Getaran, 3 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Perhimpunan Di Teluk Intan Semalam Tidak Dimaklum Kepada Polis - Ketua Polis Perak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000