web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serbuan Pusat Hiburan, 23 Warga Asing Dicekup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 1:37PM

Antara pengunjung dan pekerja pusat hiburan yang ditahan. - Gambar dari Facebook Imigresen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 23 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam serbuan ke atas sebuah premis hiburan, semalam.

Pusat hiburan yang beroperasi di sebuah bangunan tiga tingkat di Taman Shamelin Perkasa itu turut menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO).

Jurucakap Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, siasatan awal mendedahkan, pusat hiburan terbabit beroperasi tanpa papan tanda, dengan hanya membuka pintu kecil di bahagian belakang bangunan, dipercayai untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Premis terbabit juga seolah-olah tidak berpenghuni namun tinjauan di bahagian dalam mendapati, ia menyajikan pelbagai jenis hiburan dan khidmat GRO.

“Semasa serbuan, semua wanita warga asing dan pelanggan cuba untuk melarikan diri tetapi gagal, apabila kesemua jalan keluar dari premis tersebut telah dikepung,” katanya hari ini.

Serbuan tersebut membawa kepada penahanan  23  warga asing yang terdiri daripada 20 wanita Vietnam, seorang warga Indonesia serta dua lelaki, masing-masing dari China dan Bangladesh, antara 19 hingga 37 tahun.

Antara kesalahan dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi tempoh dan lain-lain kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah