web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Curi Wang Kaunter Pembayaran, Lelaki Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 3:05PM

Rakaman CCTV menunjukkan suspek (kiri) berada di sebuah kedai aksesori telefon bimbit di Puncak Alam, pada Sabtu. - Gambar dari Facebook Polis Kuala Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi wang di kaunter pembayaran sebuah kedai aksesori telefon bimbit di Puncak Alam di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.15 malam, ketika mangsa yang bekerja sebagai juruwang di kedai terbabit didatangi suspek.

Menurut beliau, suspek yang memperkenalkan diri sebagai juruteknik bahagian sistem komputer mengarahkan mangsa mencetak penyata akaun syarikat untuk menyemak hasil jualan.

“Mangsa turut diarah mengira wang yang ada di kaunter, sebelum hasil jualan berjumlah RM750 itu diletak di tepi kaunter,” katanya di sini hari ini.

Ramli berkata, suspek juga mengarahkan mangsa menandatangani beberapa keping resit dan pada masa sama, berpura-pura sibuk di hadapan mangsa.

“Mangsa seolah-olah dipukau keraan tidak menyedari apa yang telah berlaku.

 "Setelah selesai urusan, suspek menyuruh mangsa menyimpan semua resit dan mengarahkan mangsa membuat penutupan akaun seperi biasa. Kesemua perbuatan suspek yang berusia lingkungan 40-an itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut," katanya.

Jelas beliau, rakaman CCTV mendapati, mangsa mengeluarkan wang daripada mesin tunai, sebelum kesemuanya diambil suspek dan dimasukkan ke dalam kocek.

"Hasil siasatan mendapati suspek masuk ke dalam premis melalui laluan utama dan telah berjumpa mangsa di kaunter pembayaran yang berada di dalam premis tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk siasatan lanjut. - Getaran, 15 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 13 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi