web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perkosa Selepas Diberi Dadah, 2 Lelaki Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 2:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan dua lelaki yang didakwa merogol seorang wanita ketika berhibur di sebuah kelab malam, di sini, kelmarin, selepas mangsa diberi minuman dipercayai mengandungi dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Kamaruzaman Elias berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 19 tahun semalam.

Menurut beliau, mangsa mendakwa diperkosa dua lelaki tidak dikenali.

“Menurut laporan, mangsa semasa kejadian dikatakan mabuk dan dipercayai telah diberikan minuman yang disyaki mengandungi dadah.

“Mangsa kemudiannya dibawa oleh kedua-dua suspek ke sebuah hotel di ibu kota bersama seorang lagi rakan,” katanya hari ini.

Kamaruzaman berkata, mangsa hanya menyedari dirinya dirogol selepas dimaklumkan oleh rakannya.

Susulan insiden jelas beliau, polis kini sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap laporan itu.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan diklasifikasikan sebagai kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan kedua-dua suspek kini sedang dilakukan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih, sehingga mengganggu siasatan pihak polis serta menimbulkan kegusaran orang awam.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung dengan kejadian boleh menyalurkannya kepada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 585 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Kejadian berkenaan turut tular di media sosial, apabila rakan mangsa memuat naik wajah pelaku berserta kapsyen yang memohon netizen menjejaki lelaki tersebut.

Gadis berkenaan mendakwa, rakannya telah diperkosa dan kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah kelab di ibu negara.

Menggunakan akaun @nurrulnatashaa, dia turut meluahkan rasa kesal apabila teman baiknya dianiaya seperti itu dan memohon warganet untuk membantu menjejaki dua lelaki tersebut bagi memudahkan polis mengambil tindakan. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 13 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad