web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sayur Naik Harga, Bercucuk Tanam Jadi Alternatif Jimatkan Perbelanjaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 11:57AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja harga ikan dan ayam mengalami kenaikan namun sayur-sayuran juga turut meningkat mendadak, sekali gus memberi beban kepada sebahagian pengguna yang sedia terjejas akibat daripada kesan pandemik COVID-19.

Namun, kenaikan harga barangan berkenaan dilihat tidak memberi kesan kepada individu yang memanfaatkan kawasan rumah mereka untuk bercucuk tanam.

Pesara, Abdullah Muji, 60, bukan sahaja menjadikan rumah teres di Bandar Baru Bangi dipenuhi dengan 30 jenis tumbuhan herba dan sayur-sayuran di dalam pasu, tetapi turut mengambil berat ruang di luar kediamannya.

Abdullah sedang mencatas bayam brazil di belakang rumahnya di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Abdullah sedang mencatas bayam brazil di belakang rumahnya di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Selain dapat dimanfaatkan untuk keperluan harian, aktiviti berkenaan jelas beliau mampu mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti.

“Memang sangat menjimatkan dan memudahkan urusan memasak apabila saya tidak lagi perlu membelinya di kedai. Ini ditambah minat memasak saya bersama isteri, menjadikan proses di dapur dapat dilakukan dengan lancar.

Menurut Abdullah, ada tanaman yang turut dijadikan ulam-ulaman seperti selom, limau purut, lemon, daun pandan, kunyit, limau nipis, bayam brazil, ulam raja, tomato, daun bawang, lengkuas, halia, daun kari, keladi sayur, ubi jaga, daun sup dan mulberi.

“Selain saya tanam di belakang rumah, ada juga kawasan tanah lapang di hujung pejalan kaki berhadapan rumah saya yang  ditanam pucuk ubi, serai, jagung, nanas, keladi, pisang dan daun andan untuk kegunaan seharian,” katanya.

Walaupun kenaikan harga sayur tidak dirasai oleh Abdullah, namun beliau mengakui bahawa peningkatan harga barangan mentah amat memberi kesan kepada dirinya.

“Harga ayam dan ikan kini dilihat meningkat mendadak begitu sahaja. Seharusnya kerajaan memberi penjelasan sewajarnya mengapakah harga barangan kini naik khususnya ketika kita masih lagi menempuh wabak COVID-19.

“Saya harap ada penyelesaian isu kenaikan harga barangan ini yang dilihat agak tidak logik kerana masih ramai yang terjejas. Seharusnya harga barangan itu mengalami penurunan, bukan dinaikkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, seorang penjawat awam, Siti Mariah Alias, 52, turut bercucuk tanam bersama ahli keluarganya di hadapan dan belakang kediaman mereka di Kajang dalam usaha menjimatkan perbelanjaan harian.

Siti Mariah Alias
Siti Mariah Alias

Beliau berkata, dia menanam lebih 15 jenis sayur-sayuran, antaranya cili, limau kasturi, tomato, daun sup, pudina, pegaga, sawi, daun kunyit, kobis, kacang bendi dan sayur mayong.

“Pendekatan ini menjimatkan perbelanjaan keluarga saya kerana tidak perlu membeli sayur di pasar. Jarang sangat dah beli sayur di pasar kerana semuanya kami ambil segar dari belakang rumah.

“Selain dimanfaatkan keluarga, saya juga turut berkongsi rezeki hasil tanaman sayur-sayuran saya bersama jiran-jiran terdekat yang sedikit sebanyak mampu membantu mereka meringankan beban dalam membeli bahan untuk memasak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 37, pula berpandangan, kenaikan harga sayur ketika ini tidak wajar memandangkan ramai rakyat bergelut dengan masalah kewangan ekoran pandemik COVID-19.

Menurut beliau, seharusnya isu kenaikan harga ayam dan ikan perlu diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan namun dilihat lebih banyak barang yang mengalami peningkatan harga.

“Saya faham peniaga tiada pilihan lain untuk dapat keuntungan, ditambah pula perlu membayar kos upah pekerja serta fasiliti. Namun, perlu memahami juga khususnya golongan B40 yang sangat terkesan dengan pelbagai peningkatan harga barangan.

“Kalau semua meningkat, kerajaan perlu teliti semula perkara ini kerana walaupun harga barang naik namun paras gaji purata rakyat di negara ini sangat rendah berbanding kenaikan harga yang kini boleh katakan berlaku dalam semua sektor,” katanya.

Kebun Siti Mariah
Kebun Siti Mariah

Terdahulu, menerusi infografik yang dikongsikan CAP, terdapat lapan jenis sayuran yang mengalami peningkatan harga, antaranya kubis bunga, sawi pendek, brokoli, sawi, kacang buncis, kubis, cili merah dan cili hijau.

Harga kubis bunga sebelum ini hanya RM7 namun kini naik sehingga RM16 sekilogram (1kg), sawi pendek pula mengalami peningkatan sehingga 200 peratus daripada RM3 ke RM9 (1kg) manakala brokoli pula naik sebanyak 150 peratus iaitu daripada RM8 ke RM20 (1kg).

Turut mengalami kenaikan ialah sawi daripada RM5 ke RM8 (1kg), kacang buncis daripada RM8 ke RM15 (1kg), kubis daripada RM4 ke RM6 (1kg), cili merah daripada RM13 ke RM19 (1kg) dan cili hijau daripada RM10 ke RM14 (1kg). - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Keluarkan 60 Notis Untuk Analisis, Siasat Kenaikan Harga Sayur

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Monsun, Kadar Pertukaran Punca Kenaikan Harga Mendadak Sayur – Kementerian

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sistem Kumpul Maklumat Bekalan Sayur Boleh Bantu Persiapan Awal, Elak Kekurangan - Mohamad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Sayur Melambung, Peniaga Terpaksa Naikkan Harga Jualan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang