web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Monsun, Kadar Pertukaran Punca Kenaikan Harga Mendadak Sayur – Kementerian

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:09AM

Ops Pasar sedang difokuskan semula untuk memantau kenaikan harga sayur, berbanding pemantauan barangan dilaksanakan ketika perayaan sebelum ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menegaskan, cuaca monsun dan kadar pertukaran menjadi antara punca harga sayur melambung tinggi di negara ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Adam, cuaca hujan turut menyebabkan kekurangan bekalan sayur, selain beberapa punca, termasuk kos input seperti baja, benih dan racun perosak.

Jelasnya, faktor lain adalah kos yang terlibat dalam pengeluaran sayur import itu, sekali gus memberi kesan kepada harga di pasaran tempatan.

“Kenaikan harga juga sedikit sebanyak dipengaruhi kadar pertukaran mata wang, kos penghantaran dan banyak lagi,” katanya menerusi kenyataan.

Azman berkata, faktor kenaikan harga itu dikenal pasti hasil siasatan awal pihaknya terhadap aduan pengguna berhubung harga sayur yang dilaporkan tertinggi pernah dialami pengguna.

Menurutnya, kementerian itu sudah melancarkan Ops Pasar sebagai maklum balas kepada aduan pengguna terbabit.

Katanya, seramai 2,200 pegawai penguatkuasa digerakkan setiap hari untuk menjalankan pemeriksaan harga di premis yang menjual sayur di seluruh negara.

Ini, jelasnya, termasuk pasar, kedai runcit dan pasar raya, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.

Pada masa sama, beliau berkata, Ops Pasar sedang difokuskan semula untuk memantau kenaikan harga sayur, berbanding pemantauan barangan dilaksanakan ketika perayaan sebelum ini.

“Pemeriksaan dan pemantauan akan dibuat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya sambil menambah tindakan undang-undang bakal diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati mengaut keuntungan berlebihan.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa bahawa harga sayur tertentu meningkat sebanyak 160 peratus.

Menerusi tinjauan The Vibes, penjual memaklumkan, harga itu adalah yang tertinggi pernah mereka hadapi dalam 29 tahun.

Kenaikan harga semasa itu menyaksikan tomato dan bendi, masing-masing dijual pada harga RM16 sekilogram, berbanding RM6 sebelum ini. Pengguna juga mengatakan mereka terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk barangan segar. – The Vibes, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Banjir Di Sarawak: Jumlah Mangsa Terus Meningkat

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Di Perak, Selangor Catat Peningkatan Pagi Ini

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Penggunaan Dadah Semakin Meningkat - Laporan PBB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka