web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Perak, Selangor Catat Peningkatan Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Nov 2023 10:06AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak terus meningkat dengan mencatatkan 1,108 mangsa yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 pagi ini.

Di SELANGOR, sebanyak 768 orang daripada 196 keluarga berlindung di sembilan PPS, meningkat berbanding 722 orang daripada 184 keluarga malam tadi, melibatkan mangsa banjir dari daerah Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Langat.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir melaporkan setakat jam 7.30 pagi tadi Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat melepasi paras bahaya, namun dengan trend air menurun, manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor melepasi tahap berjaga-jaga dengan trend air meningkat.

Sementara itu di PERAK, sejumlah 340 mangsa banjir daripada 99 keluarga kini ditempatkan di empat PPS, meningkat berbanding 310 orang daripada 91 keluarga pada sebelah malam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, 186 mangsa adalah di daerah Hilir Perak, manakala 154 lagi dari daerah Kerian.

Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.18 meter (m), manakala dua lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang 13.66 m dan Sungai Slim di Slim River (25.11 m).

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan FT 147 Jalan Selama di Kerian masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan berikutan itu, laluan A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah dijadikan jalan alternatif. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 29 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 59 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang