web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Sayur Melambung, Peniaga Terpaksa Naikkan Harga Jualan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 3:43PM

Pengusaha makanan dan katering sangat tertekan dengan kenaikan mendadak harga sayur. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenaikan mendadak harga sayur pada minggu ini menyebabkan pengusaha makanan dan katering kini tertekan, kerana terpaksa menyerap kenaikan kos tersebut dalam perniagaan.

Majoriti golongan berkenaan gusar dengan peningkatan harga sayur yang meningkat sehingga 200 peratus, sehingga menjejaskan perniagaan diusahakan, apatah lagi sebahagian besar hanya berniaga secara kecil-kecilan.

Pemilik katering NH Kitchen, Ida Sazarina Johari, 34, menyifatkan nasib mereka tak ubah seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah terbabit, selepas sekian lama dibebani pandemik COVID-19.

Ida Sazarina Johari
Ida Sazarina Johari

Beliau yang menjalankan perniagaan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui semakin buntu dengan situasi tersebut kerana kenaikan harga sayur-sayuran kini bukan lagi berlaku ketika musim perayaan.

“Kami baru nak merangkak naik selepas dibenarkan beroperasi, tiba-tiba harga barangan dengan sayur naik mencanak tidak sesuai dengan masanya. Mana tempahan yang diterima menggunakan kadar harga lama, terpaksa diteruskan walaupun tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

“Dulu setiap pelanggan dikenakan caj antara RM6 ke RM7 namun sekarang kita terpaksa menjual dengan harga paling rendah RM9. Ini sangat membebankan peniaga seperti kami dan juga pelanggan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Pemilik kedai makanan, Fiqah Katering, Muhammad Firdaus Ramly, 29, berkata, dia dengan berat hati terpaksa menaikkan harga makanan dijual bagi memastikan perniagaan itu mampu bertahan.

Muhammad Firdaus Ramly
Muhammad Firdaus Ramly

Justeru, beliau mengharapkan kerajaan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera campur tangan untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Memang jarak kenaikan harga itu sangat tinggi dan tiada pemberitahuan awal, menyebabkan kami kerugian pada minggu ini sebelum mengeluarkan harga baharu kepada pelanggan, namun ia pasti menyebabkan pelanggan bising.

“Seharusnya kerajaan kaji kenaikan ini, kerana isu ini datang dari mereka. Kena ambil serius perkara ini supaya tiada lagi peningkatan harga yang dilakukan sehingga membebankan peniaga seperti saya yang baru sahaja bangun semula selepas terkesan dengan COVID-19,” katanya.

Bagi peniaga makanan kecil-kecilan, Azwa Tina Jamaluddin, 36, pula, kenaikan mendadak harga sayur itu membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan menghentikan segera perniagaan diusahakan berikutan margin keuntungan yang terlalu rendah.

Azwa Tina Jamaluddin
Azwa Tina Jamaluddin

“Saya menjual makanan sihat, dan sayuran adalah antara produk utama digunakan. Nak naikkan harga, saya tak sampai hati kerana pelanggan juga turut terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Minggu lalu saya boleh dapat keuntungan RM250 seminggu namun minggu ini bila beli barang semua dan kira-kira untung, saya hanya peroleh di bawah RM100.

“Saya rasa macam nak menangis kerana hanya dapat penat sahaja sedangkan untung boleh dikatakan tiada,” keluhnya.

Azwa Tina berkata, keadaan yang semakin mendesak memaksa perniagaannya dihentikan buat seketika, sementara menanti harga sayur-sayuran dan bahan mentah kembali stabil.

“Memang keputusan ini memberi kesan kepada perbelanjaan kami sekeluarga kerana saya seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya suami bekerja.

“Apakan daya, untuk berniaga memerlukan modal pusingan dan jika keuntungan dihasilkan tidak berbaloi, apalah gunanya,” katanya, sebak.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga mengharapkan kerajaan segera campur tangan isu berkenaan, bagi memastikan peniaga kecil-kecilan tidak terus dirundung masalah.

“Kerajaan perlu bantu khasnya peniaga-peniaga kecil yang mencari rezeki ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kita mahukan harga barangan mentah yang berbaloi.

“Kalau naik dalam 20 sen begitu tak mengapa, ini sampai 200 peratus, amat tidak berbaloi dan tidak patut dinaikkan dengan begitu tinggi,” katanya. - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang