web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantahan Penduduk Kampung Baru Petanda Kegagalan Rina Harun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 3:04PM

Syed Badli Shah Syed Osman menyifatkan bantahan lebih 100 penduduk terhadap pembangunan semula Kampung Baru adalah petanda kegagalan Rina Harun. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantahan lebih 100 penduduk terhadap pembangunan semula Kampung Baru ialah petanda kepada kegagalan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Rina Harun dalam menyantuni masalah rakyat.

Bekas anggota Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), Syed Badli Shah Syed Osman berkata, seramai 110 penduduk telah menyuarakan bantahan masing-masing terhadap pembangunan semula kawasan itu.

"Rina bukan sahaja gagal menyantuni masalah penduduk di kawasan berkenaan, malah beliau sudah sekian lama menghilang dan tidak mengambil tahu perihal masalah kawasan.

"Rina gagal membela nasib mereka sekali gus gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang seharusnya berperanan mencari titik penyelesaian terbaik kepada masalah tersebut," katanya hari ini.

Jelas Syed Badli, penduduk terpaksa menggunakan medium lain termasuk media bagi menyuarakan bantahan mereka berikutan sikap lepas tangan Rina selaku Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

"Saya menggesa beliau untuk tampil segera memberikan penjelasan atau isytiharkan saja peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen," tegasnya.

Pembangunan semula Kampung Baru dirancang di atas penempatan penduduk melibatkan dua jenis kediaman, iaitu rumah pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan unit di tanah persendirian.

Difahamkan 70 peratus pemilik di kawasan terbabit sudah menyatakan persetujuan dengan pembangunan semula kawasan itu dan menurunkan tandatangan.

Pada Ogos lalu, segelintir penduduk yang belum menurunkan tandatangan menerima notis siasatan di bawah Borang F, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan diminta hadir secara bergilir pada 23 hingga 26 Ogos untuk memberi keterangan penilaian oleh Pejabat Tanah dan Galian. - Getaran, 6 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Kedah ‘Jahanam’ Di Tangan Sanusi, Rakyat Tak Dapat Apa Pun - Aktivis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan SPRM Terhadap Nazlan Tidak Patuhi Protokol, Tanpa Kebenaran Ketua Hakim Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global