web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 11:00AM

Utiliti dan infrastruktur sedia ada tidak tersusun yang telah menjejaskan kualiti perbandaran semasa Kampung Baru dan tidak lagi mampu menampung pembangunan berintensiti tinggi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) mengesyorkan kepada kerajaan untuk segera meningkatkan aspek utiliti dan infrastruktur di Kampung Baru supaya perancangan pembangunan semula atau penambahbaikan di kawasan itu dapat dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutif PKB Datuk Lokman Omar berkata, menerusi tiga kajian terperinci oleh sebuah konsultan yang dilantik, sebanyak RM750 juta diperlukan untuk menaik taraf infrastruktur seperti pelebaran jalan, bekalan air, sistem pembentungan dan pembinaan pencawang masuk utama (PMU) bagi bekalan elektrik. 

“Melihat aspek pembangunan semula di sesuatu kawasan, ketersediaan infrastruktur yang lengkap adalah salah satu ciri utama yang diambil kira oleh mana-mana pemaju.

“Dalam konteks Kampung Baru, utiliti dan infrastruktur sedia ada tidak tersusun yang telah menjejaskan kualiti perbandaran semasa Kampung Baru dan tidak lagi mampu menampung pembangunan berintensiti tinggi.

“Jadi ia memerlukan peruntukan khas daripada kerajaan, apatah lagi ‘setting’ asal kediaman Kampung Baru dalam bentuk sebuah rumah kampung, jadi kos perbelanjaan penyediaan fasiliti adalah besar,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Lokman berkata sebelum ini pihaknya sebagai agensi penyelaras dalam pembangunan semula Kampung Baru telah beberapa kali mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak berkenaan, namun sehingga kini belum ada maklum balas.

Selain itu, beliau berkata penglibatan secara terus daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam apa jua bentuk pembangunan di Kampung Baru juga diperlukan kerana ia akan menambah keyakinan pemilik tanah di kawasan itu berbanding pemaju luar yang membangunkannya.

“Pembangunan semula di Kampung Baru bukan di tapak kosong, tapi tapak yang diduduki, jadi proses penggantian atau perpindahan perlu ada dan jika projek telah dimulakan ia tidak boleh tertangguh kerana akan menimbulkan banyak masalah lain seperti yang telah terjadi,” katanya.

Mengikut Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040, PKB menetapkan matlamat untuk menjadikan Kampung Baru sebagai pusat perdagangan dan petempatan yang inklusif dengan penekanan terhadap pembangunan yang berupaya meningkatkan sosioekonomi, berdaya huni selain mengekalkan nilai persekitaran tempatan di pusat bandar raya itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Infrastruktur Kecil Dipindah Ke Jabatan Lain, Pejabat Daerah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pembangunan Semula Pangsapuri Di Cheras Babit Lebih 5,000 Unit

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Pembangunan Semula Bukan Untuk Syok Sendiri, Perlu Fikir Keselesaan Penghuni

4

1 tahun yang lalu

Pembangunan Kampung Baru: Setiap Langkah Berlandaskan Prinsip Jaga Kepentingan Melayu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang