web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MoU Pembangkang: Kerajaan Tercemar Jika Mahkamah Berpihak Kepada Najib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Dec 2021 6:28PM

Ong Kian Ming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) disaran untuk tidak mengkhianati Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kerajaan walaupun keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes membabitkan penyelewengan dana SRC International sebanyak RM42 juta memihak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming memaklumkan, perubahan proses demokrasi ketika ini akan terjejas sekiranya gabungan pembangkang bertindak balas terhadap situasi politik dengan melakukan tindakan tidak matang dan ‘pemikiran jangka masa pendek’.

Beliau berkata, pelaksanaan MoU berkenaan telah membawa beberapa penambahbaikan, antaranya penbuhan lebih banyak jawatankuasa pilihan khas Parlimen dan peruntukan prorata Ahli Parlimen pembangkang untuk tiga bulan terakhir tahun ini.

“Sebagai contoh, akan ada bantahan besar jika Mahkamah Rayuan pada 8 Disember ini memihak kepada Najib dan membatalkan sabitan rasuah dan salah guna kuasanya di Mahkamah Tinggi berhubung kes SRC.

“Dengan keputusan itu, akan ada tekanan terhadap PH yang mendesak supaya ia membatalkan MoU dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut Kian Ming menegaskan, pembatalan MoU merupakan kesilapan besar kerana terdapat beberapa pimpinan UMNO yang mahu mencetuskan kejatuhan kerajaan dan mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat.

“Peluang untuk melakukan reformasi institusi jangka panjang akan hilang dan mungkin tidak akan ada lagi dalam tempoh 10 tahun akan datang, khususnya jika Barisan Nasional (BN) atau UMNO menggunakan kuasanya untuk menindas dan melemahkan pembangkang,” katanya.

Kerajaan Persekutuan dan PH telah melakar sejarah dengan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik di Parlimen yang merangkumi enam perkara, mencakupi Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, serta Pembaharuan Parlimen.

Sementara itu wakil rakyat DAP berkenaan memaklumkan, PH harus sedar akan kesan pada reaksi mendadak, yang didorong oleh sentimen oleh orang ramai baru-baru ini.

“Sebelum ini, pemimpin PH memilih untuk menolak perjanjian keyakinan dan perbekalan yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya beberapa jam selepas ia ditawarkan, Ogos lalu.

“Namun, selepas kejatuhan kerajaan Muhyiddin yang membawa kepada kembalinya seorang Perdana Menteri dari UMNO, pertukaran itu masih tidak membantu PH mencapai matlamat strategik blok pembangkang,” katanya.

Mahkamah Rayuan hari ini menegaskan pihaknya boleh mengeluarkan waran Najib untuk dibawa ke mahkamah berikutan kegagalan bekas perdana menteri  itu hadir pada prosiding permohonan beliau untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan sabitan kes SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata, mahkamah mempunyai dua pilihan sama ada untuk membatalkan wang ikat jamin dan mengeluarkan waran tangkap ke atas Najib untuk dibawa ke mahkamah serta-merta atau mengadakan prosiding secara dalam talian (online).

Beliau juga memutuskan untuk meneruskan prosiding keputusan rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman berhubung penyelewengan dana SRC, yang ditetapkan esok.

Terdahulu, peguam Harvinder Singh Sidhu yang mewakili Najib, memohon prosiding hari ini dan esok ditangguhkan berikutan peguam pasukan pembelaan menjadi kontak kasual kepada anak peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah iaitu Muhammad Farhan yang disahkan positif COVID-19.

Pada 1 Disember lepas, Najib memfailkan permohonan agar Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan agar keterangan viva voce (lisan) diambil daripada bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, Pegawai Penyiasat SPRM Rosli Hussein, yang merupakan saksi pendakwaan ke-57 dalam kes SRC dan keterangan saksi lain atau apa-apa keterangan tambahan lanjut berbangkit.

Najib, 68, berkata, beliau membuat permohonan itu susulan siaran akhbar oleh SPRM pada 19 November lepas berhubung aset dana 1MDB.

Ia antaranya pemulangan sejumlah AS$15.4 juta dari Singapura yang kepada Malaysia berkaitan akaun Cutting-Edge Industries Ltd (CEIL) milik Datuk Dr Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. - Getaran,7 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi