web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Pelajar MRSM Digantung, Mungkin Ditamatkan Pengajian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 1:57PM

Mahdzir berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah, hari ini. - Gambar ihsan Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak, yang terbabit dalam kes buli seorang pelajar tingkatan satu mungkin ditamatkan pengajian.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menjelaskan, tindakan itu telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM.

Pada masa sama, beliau mengesahkan semua pelajar berkenaan telah digantung sekolah selama dua minggu, berkuat kuasa serta-merta.

“JDM MRSM telah mengenal pasti 10 pelajar yang terlibat dengan insiden berkenaan. Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terlibat memukul mangsa buli.

“Empat pelajar dari tingkatan satu hingga tiga yang berada di lokasi kejadian pula didapati bersubahat dan membuat provokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, Ketua Wanita, Che Arpah Ariffin, Ketua Pemuda, Jasnizam Husni dan Ketua Puteri, Yusnaliza Ahmad.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil tindakan menggantung enam pelajar tersebut berdasarkan siasatan dalaman dan peruntukan hukuman yang ditetapkan JDM.

MARA tegas beliau, mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu.

“Kita tidak akan mencampuri siasatan pihak polis dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke institusi tersebut namun, masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu,” katanya.

Secara peribadi, Mahdzir turut meluahkan kekecewaan kerana pelajar tersebut tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan buli.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar di asrama sekolah.

Beberapa video yang dikongsi seorang individu di Facebook menunjukkan tangan mangsa dipegang dua pelajar sebelum ditumbuk di bahagian perut.

Selain itu, punggung mangsa turut diterajang seorang lagi pelajar.

Beberapa pelajar lain yang menyaksikan insiden itu juga dilihat tidak menghalang pelaku melakukan perbuatan kejam tersebut.

Tindakan terbabit menyebabkan mangsa yang mengenakan baju berwarna merah terpaksa menahan sakit akibat dibelasah.

Penyebaran video berkenaan nyata mengundang kemarahan netizen, apatah lagi apabila ia berlaku di sebuah sekolah berprestij.

Majoriti mereka turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) agar mengambil tindakan sewajarnya susulan video yang tular itu. - Getaran, 11 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang