web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsep 5G Telah Dibincang Bersama KKMM, MOF Awal Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 4:12PM

Saifuddin berkata perundingan terhadap SWN bagi menjadikan DNB sebagai pemborong 5G telah dilaksanakan awal tahun ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan konsep rangkaian tunggal 5G atau Rangkaian Borong Tunggal (SWN) menerusi Digital Nasional Bhd (DNB) sebagai agensi yang membina perkhidmatan teknologi itu menimbulkan kekecohan di kalangan warga netizen. 

Pada masa sama, syarikat telekomunikasi dan penggiat industri juga dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan kerana DNB seolah-olah memonopoli projek tersebut. 

Lebih menimbulkan kemusykilan apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin pada persidangan Parlimen, kelmarin memaklumkan bahawa pelantikan DNB telah diputuskan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan dibuat tanpa melalui perbincangan bersama pihaknya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menepis dakwaan terbabit yang menegaskan perundingan terhadap SWN bagi menjadikan DNB sebagai pemborong 5G telah dilaksanakan, awal tahun ini. 

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada Februari 2020 hingga Ogos lalu berkata, perbincangan tersebut melibatkan KKMM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MOF yang telah diadakan sebelum bermula mesyuarat Kabinet pada 3 Februari lepas. 

“KKMM, MCMC dan MOF berbincang bersama sebelum mesyuarat Kabinet pada 3 Februari 2021, membabitkan keputusan menubuhkan sebuah syarikat ‘Special Purpose Vehicle’ (kini dinamakan DNB) dibuat.

“Saya juga terlibat dalam langkah seterusnya dan diberi taklimat oleh DNB dan EY (Ernst & Young Consulting Services Sdn Bhd) tentang pelan pelaksanaan selanjutnya,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini. 

Semalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam catatan di media sosialnya memaklumkan, konsep tersebut merupakan cadangan yang dikemukakan oleh MCMC dalam Laporan Akhir Peruntukan Jalur Spektrum untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih, yang diterbitkan pada waktu itu.

Menurut beliau, laporan itu mencadangkan supaya entiti tunggal dibentuk oleh sebuah konsortium 5G yang terdiri daripada syarikat telekomunikasi, berbanding menganugerahkan spektrum 5G secara individu.

Tengku Zafrul berkata, KKMM turut maklum bahawa sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, akan dilantik bagi melaksanakan infrastruktur rangkaian 5G tunggal ke seluruh negara.

Pada 1 Mac lepas, Tengku Zafrul berkata, MOF telah mengumumkan penubuhan DNB sebagai pengendali SWN 5G yang berasaskan model pemulihan kos, berteraskan penawaran dan bukannya berdasarkan model keuntungan maksimum. - Getaran, 11 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

DNB, CSM Bawah Kementerian Digital - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rangkaian 5G DNB Akan Terus Digunakan Meskipun Negara Beralih Kepada Dwirangkaian 5G - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang