web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Beri Satu Lagi Pengeluaran Khas KWSP - MTUC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 9:00AM

Sekiranya diteruskan pengeluaran khas seperti i-Citra akan mengakibatkan jumlah simpanan yang tidak mencukupi kepada ramai pekerja di negara ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengelak daripada sekali lagi membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat, bagi memastikan pencarum mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi.

Tindakan itu jika dilaksanakan juga akan dapat meminimumkan kesan jangka panjang kepada dana persaraan swasta tersebut, kerana pengeluaran wang KWSP seharusnya tidak boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pengeluaran khas ini sekiranya diteruskan, akan mengakibatkan jumlah simpanan yang tidak mencukupi kepada ramai pekerja di negara ini.

Menurut beliau, ini dibuktikan dengan tahap simpanan asas KWSP yang dikira berdasarkan pencen minimum RM1,000 sebulan selama dua puluh tahun, atau RM240,000 pada tahap simpanan minimum.

“Semasa pandemik COVID-19 berlaku dan selepas semua pengeluaran berkaitan diperkenalkan, hanya 17 peratus dari jumlah ahli mampu mencapai tahap simpanan minimum ini.

“Jumlah simpanan median telah jatuh daripada lebih RM50,000 sebelum COVID-19 kepada hanya RM41,000.

“Realitinya, jumlah sebenar yang diperlukan adalah jauh lebih besar kerana tahap Simpanan Asas tidak mengambil kira kos pengangkutan, perubatan dan perumahan,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut Mohd Effendy berkata, jumlah minimum sebenar yang diperlukan adalah RM470,000 bagi individu yang menetap di Alor Setar, dan RM593,000 untuk individu di Lembah Klang.

Bagi yang mempunyai pasangan, beliau menegaskan jumlahnya meningkat kepada RM614,000 untuk yang menetap di Alor Setar dan RM756,000 bagi penghuni di Lembah Klang.

“Dua puluh lapan peratus dari jumlah ahli mempunyai hampir sifar simpanan di dalam akaun mereka, manakala 20 peratus lagi mempunyai antara RM1,000 dan RM10,000.

“Secara keseluruhan, 48 peratus dari jumlah ahli atau 6.1 juta mempunyai kurang daripada RM10,000 di dalam simpanan mereka.

“Golongan B40 mempunyai tahap simpanan median hanya sekitar RM1,000, manakala golongan M40 pula hanya setakat RM25,000. Tahap simpanan T20 juga tidak mencukupi iaitu setakat RM152,000,” katanya.

Mohd Effendy Abdul Ghani
Mohd Effendy Abdul Ghani

Secara purata Mohd Effendy berkata, seorang ahli kebiasaannya akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh tiga hingga tujuh tahun selepas persaraan, dan pengeluaran tambahan sudah pasti akan mengurangkan tahap simpanan yang sudah kritikal, walaupun untuk golongan T20.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pencarum KWSP perlu melakukan penambahan waktu bekerja selama empat hingga enam tahun lagi untuk menggantikan apa yang telah dikeluarkan, apatah lagi bagi meningkatkan lagi simpanan.

“Inilah yang cukup merisaukan kami dan MTUC menyarankan agar kerajaan tidak lagi membenarkan mahupun meluluskan pengeluaran khas i-Citra ini lagi.

“Sebaliknya, kerajaan perlu teruskan usaha ataupun faedah bantuan kepada rakyat dengan pelbagai cara yang lain sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang sebenar,” katanya.

Pada masa sama Mohd Effendy berkata, beberapa cadangan untuk membantu KWSP membina semula simpanan seperti kadar dividen yang berbeza atau projek bernilai tinggi tidak akan mencukupi.

“Ini kerana, impaknya terlalu kecil untuk mengubah keadaan sebahagian besar ahli, memandangkan hampir separuh daripada mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun masing-masing.

“Kami dapati ramai ahli yang meminta pengeluaran tambahan berhadapan dengan hutang tertunggak atau perlu menampung perniagaan mereka untuk menyara hidup,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Effendy menyeru agar kerajaan memperkenalkan insentif tambahan baharu dan menyediakan pelbagai bantuan tambahan buat peniaga kecil termasuk geran, pinjaman bersubsidi dan kredit, sama ada melalui bank ataupun secara terus menerusi agensi kerajaan.

“MTUC berpendapat pengeluaran tambahan daripada KWSP ini akan menjejaskan simpanan yang sememangnya sudah kritikal dan kini perlu dipanjangkan untuk menampung peningkatan bilangan tahun persaraan.

“Ini sudah pasti akan menjejaskan kelangsungan hidup seseorang di hari tua nanti.

“Tindakan itu juga akan lebih membebankan kita nanti apabila negara kita semakin cepat dipenuhi penduduk yang semakin tua, dan simpanan sudah tidak mencukupi menampung kehidupan.

“Apabila ia berlaku, sudah pastinya mereka perlu bekerja melebihi umur persaraan,” katanya. - Getaran, 12 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki