web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengurus Kanan Syarikat Insurans Rugi RM648,800 Angkara Love Scam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 8:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita kerugian RM648,800 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam, menerusi ‘teman lelaki’ yang dikenali menerusi nombor telefon antarabangsa, Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pengurus kanan syarikat insurans itu berkenalan dengan lelaki warga asing berkenaan menggunakan aplikasi pesanan.

Menurut beliau, suspek telah meminta mangsa untuk memindahkan wang menerusi aplikasi pelaburan bitcoin selama tempoh perkenalan.

“Wanita terbabit telah diperdaya agar memindahkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun yang diberi oleh suspek. Hasil daripada itu, mangsa memperolehi keuntungan sebanyak RM800.

“Sejak dari itu, mangsa mula yakin apa yang dikatakan oleh suspek dan telah memindahkan wang ke lapan akaun yang berbeza menerusi 31 transaksi berjumlah RM648,800,” katanya hari ini.

Mohd Fakhrudin berkata, mangsa mula merasa curiga apabila kesemua wang pelaburannya tidak lagi memperoleh keuntungan.

Sehubungan itu, Mohd Fakhrudin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam setiap perkenalan menerusi talian.

“Orang ramai jangan terpedaya dengan janji-janji manis sahabat di alam maya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. - 12 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

2

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang