web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Beradik Maut, Keluarga Parah MPV Dipandu Bapa Hilang Kawalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 3:05PM

MPV tersebut dalam perjalanan ke Kelantan. - Gambar dari Facebook Polis Bentong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Sepasang adik beradik maut, manakala tiga ahli keluarga lain cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 44.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, keluarga berkenaan yang menetap di Shah Alam, sedang dalam perjalanan ke Kelantan dengan menaiki Toyota Estima.

Menurut beliau, MPV tersebut dipandu seorang petugas Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berusia 44 tahun iaitu bapa kepada kedua-dua mangsa yang terkorban.

“Dalam kejadian jam 3.33 pagi itu, dua beradik berkenaan yang juga mangsa anak pertama dan kedua, masing-masing remaja lelaki serta perempuan berusia 17 dan 12 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tiga mangsa lain iaitu pemandu cedera tulang belakang, isterinya retak tangan kanan, manakala seorang lagi anak lelaki mereka parah di bahagian kepala,” katanya di sini, hari ini.

Zaiham berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan itu cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal, sebelum hilang kawalan di kawasan berselekoh.

Difahamkan, keluarga berkenaan sepatutnya menghadiri majlis pertunangan adik pemandu MPV tersebut di Kelantan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat, manakala tiga mangsa lain turut dirawat di hospital sama,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai diminta untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan mengenai kemalangan ini.

“Pihak polis turut menasihati semua pengguna jalan raya khususnya yang melalui lebuh raya Karak-Kuala Lumpur supaya lebih berhati-hati dan mematuhi had laju serta peraturan lalu lintas memandangkan kini pantai timur Semenanjung dilanda Monsun Timur Laut,” ujarnya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah