web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Terlalu Berlembut Punca Desakan Melampau, Rasis Terhadap Jawi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 7:00PM

Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan radikal Dong Jiao Zong, baru-baru ini tanpa segan silu menuntut Jabatan Pendidikan Pahang memperbetulkan susunan tulisan pada papan tanda dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan.

Ia susulan susunan tulisan papan tanda SJKC itu yang memaparkan jawi sebagai pilihan utama diikuti Mandarin dan rumi.

Desakan pertubuhan terbabit membuktikan ia semakin melampau sehingga melebihi permintaan penduduk asal iaitu orang Melayu.

Dong Jiao Zong mendakwa, jawi tidak sepatutnya menjadi tulisan utama pada papan tanda sekolah tersebut.

Mengulas perkara itu, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican menzahirkan rasa pelik dengan tindakan Dong Jiao Zong, yang amat bersungguh dalam mempertikaikan isu papan tanda di SJKC berkenaan.

Menurut beliau, pertubuhan berkenaan seharusnya menyedari hakikat bahawa Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi dalam semua urusan kerajaan.

 “Perkara ini tidak boleh dipertikaikan lagi, sudah tertulis dalam Perlembagaan. Ingatlah, bahasa Malaysia dan tulisan jawi adalah watan kepulauan Melayu.

“Kita tidak pernah halang mereka guna bahasa Cina di premis persendirian contohnya di kedai milik mereka. Gunalah, tapi ini melibatkan premis dan urusan rasmi,” katanya.

Ahmad Murad menegaskan, Dong Jiao Zong sepatutnya tidak perlu mempersoalkan penggunaan Bahasa Malaysia yang telah digunakan sejak kedatangan Islam di Tanah Melayu.

“Tak perlu persoal penggunaan bahasa kerana ia telah digunakan sejak dahulu lagi, begitu juga tulisan jawi lebih awal digunakan kerana ketika bahasa ini berkembang sebagai bahasa ilmu, tulisan pertama diperkenalkan ialah jawi,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengakui pelik dengan segelintir masyarakat Cina yang membuat masalah dan sengaja menyinggung sensitiviti kaum Melayu sejak dahulu.

Tegasnya, beliau tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku hari ini adalah implikasi daripada kelemahan kerajaan Melayu terdahulu yang terlalu ‘lembut hati’ sehingga memakan diri.

“Inilah kesan daripada kerajaan Melayu lama dan hari ini yang terlalu mahu menjaga hati bangsa lain.

“Lebih malang, sanggup berkongsi kuasa sehingga akhirnya membawa malapetaka kepada negara sendiri,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 8 bulan yang lalu

Perkasakan Tulisan Jawi Dengan Al

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jakim Laksana Polisi 30 Peratus Tulisan Jawi Dalam Penerbitan

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Yuna Dipuji Tunjuk Kebolehan Bicara Bahasa Sepanyol Lancar, Ramai Harap Dia Akan Rakam Lagu Latin 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki