web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Jualan Keluarga Malaysia Dilancar Esok, Tawar Pelbagai Pilihan Menarik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Dec 2021 7:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) akan dilaksanakan di 11 pasar raya sekitar ibu kota, bermula esok hingga Ahad.

Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, program berkenaan adalah antara inisiatif kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

“PJKM menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti gula, tepung, beras, minyak masak, barang makanan proses, sayuran, telur ayam dan lain-lain dengan nilai lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.

“Pasar raya yang menyertai program ini juga telah menyatakan komitmen untuk memberi pelbagai promosi harga dan tawaran jualan murah,” katanya.

Antara premis terlibat ialah AEON Mall Metro Prima, Kepong; Pasar Raya Ong Tai Kim, Sentul; AEON Big Danau Kota, Wangsa Maju; Lotus Kepong, Segambut; ST Rosyam Mart Sdn Bhd, Setiawangsa.

Pasaraya AJ Best, Titiwangsa; Hero Berjaya Times Square dan Pasar Raya Besar Lulu, Bukit Bintang; Checkers Sri Sentosa, Lembah Pantai; Econsave Scott Garden, Seputeh; NSK Trade City (KL) Sdn Bhd, Cheras serta Pasar Raya Borong Big, Bandar Tun Razak.

Program berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah rakyat, selain menjadi pemangkin kepada pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan bijak.

“PJKM akan diteruskan secara berkala, selaras dengan hasrat kerajaan bagi memastikan pengguna mendapat barangan keperluan asas pada harga yang terbaik,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2,000 Tambahan Penumpang Sehari Disasar Guna KTM Komuter Utara

3

TARA 1 tahun yang lalu

4 Lokasi Berbuka Puasa Yang Berbaloi Dicuba!

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenaikan Surcaj Elektrik Beri Impak Kecil Kepada Pengguna

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'