web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mansuh NADMA, Abdul Latiff Perlu Dipecat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 9:00PM

Pemandangan banjir dari udara di Taman Sri Muda Seksyen 25, Shah Alam, pada 20 Disember. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memansuhkan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) kerana disifatkan gagal dan seolah-olah tidak berfungsi dalam menguruskan bencana banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

Pada masa sama, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS), Faizan Mohd Nor berkata, adalah satu keperluan ketika ini untuk memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang ditugaskan bagi menjaga agensi berkenaan.

Beliau berkata, tindakan terbabit perlu dilakukan kerana Ahli Parlimen Mersing itu dilihat seperti menjadi bebanan kepada kerajaan semasa.

“Kita tak boleh menerima apabila dia (Abdul Latiff) kata NADMA hanya urus pampasan dan tidak terlibat dalam kerja kejadian bencana alam waktu ini, sedangkan semua tahu agensi itu peneraju yang mengatur semua gerakan dan mengkoordinasi pihak terlibat dalam pengurusan bencana.

“Kalau setakat pampasan, itu syarikat insurans boleh buat dan rakyat tengah tunggu apa pegawai tinggi dalam NADMA sedang buat untuk urus banjir ini,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil tindakan segera dengan memecat Abdul Latiff sebagai menteri bagi meredakan kemarahan rakyat yang terkesan akibat banjir.

Faizan Mohd Nor
Faizan Mohd Nor

“PEKEMAS tidak mahu kerajaan berdiam diri dalam isu tersebut kerana bencana yang sedang berlaku ketika ini menjadi kayu ukur kepada prestasi kerajaan dalam perjalanan menuju PRU15 tidak lama lagi.

“NADMA sepatutnya bersimpati kerana ada yang terpaksa duduk atas bumbung selama lebih 12 jam dan kini rakyat sangat mengharapkan bantuan dari kerajaan,” katanya.

Banjir di Selangor dan Kuala Lumpur merupakan sesuatu yang tidak dijangka, berbanding di negeri pantai timur.

Namun, berlakunya perkara janggal apabila sejak hari pertama bencana berkenaan, menteri yang menjaga bencana, keselamatan dan pertahanan masih tidak turun padang bagi meninjau sendiri keadaan mangsa banjir.

Lebih malang lagi, Abdul Latiff, yang menjaga NADMA sepatutnya bertindak lebih awal dan bukan membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun padang terlebih dahulu bagi meninjau situasi semasa keadaan. 

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Generasi Malaysia (YGM), Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi ketika dihubungi Getaran berpandangan, setiap parti politik perlu memandang serius pemimpin yang tidak turun padang dan bertindak segera dalam membantu rakyat terjejas banjir.

Menurut beliau, tindakan wakil rakyat yang masih ‘ghaib’ ketika orang ramai  menghadapi musibah menyebabkan masyarakat awam sudah muak dan hilang kepercayaan dengan golongan terbabit.

Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi
Mohamad Nizam Abdul Samar Zammi

“Saya minta biro tatatertib parti politik masing-masing mengambil tindakan tegas dan sewajarnya kepada wakil rakyat yang tidak bertindak, dan perlu tunjuk sebab mengapa mereka tidak bantu mangsa banjir yang sangat terkesan ketika ini.

“Kalau bencana begini pun pemimpin tak boleh turun, bagaimana mereka ini boleh digelar sebagai wakil rakyat yang sebelum bencana sering uar-uar berjanji akan sentiasa membantu rakyat, namun bila tiba bencana, masing-masing hilang dari kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Nizam mencadangkan kerajaan negeri dan setiap kawasan Parlimen untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Bencana Banjir agar bantuan dapat disalurkan segera kepada orang ramai yang terkesan.

“Perlu wujudkan jawatankuasa khas dan sekiranya berlaku sesuatu bencana seperti banjir, sudah ada peralatan lengkap mengurus, keperluan bantuan segera dan sebagainya.

“Jadi, dengan cara itu, walaupun pemimpin tak hadir, wakil mereka di kawasan boleh bertindak pantas,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 52 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 47 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi