web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Motosikal Disalah Guna, Pemuda Berdepan Siasatan JPJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 7:03PM

Gambar pelajar yang tidak memakai topi keledar dan menconteng pakaian seragam dengan perkataan kesat. - Gambar JPJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU : Gara-gara membenarkan motosikalnya dipinjam orang lain, seorang pemuda berdepan siasatan di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987, apabila kenderaan terbabit disalah guna untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Dalam insiden Jumaat lalu, gambar seorang pelajar tular di media sosial apabila dia dilihat menunggang kenderaan terbabit tanpa topi keledar, dan menconteng pakaian seragam sekolah yang dipakai dengan kata-kata kesat.

Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf berkata, menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar adalah satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

“Bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan, ia juga adalah kesalahan di bawah Kaedah 6 Kaedah- Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959. 

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa denda tidak melebihi RM2,000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan,” katanya di sini hari ini.

Hanif berkata, JPJ memandang serius isu keselamatan jalan raya dan menasihatkan supaya ibu bapa memantau aktiviti anak-anak, bagi mengelakkan mereka terjerumus dengan aktiviti tidak sihat. 

“Kami ingin menasihatkan supaya pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang- undang lalu lintas yang ditetapkan dan tidak membahayakan diri sendiri serta orang lain,” katanya. – Getaran, 7 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

4

Semasa 2 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

Beliau menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air