web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Madinah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 8:40AM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Madinah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADINAH - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Madinah semalam untuk melakukan ziarah.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz pada 5.50 petang Ahad (10.50 malam Ahad waktu Malaysia) disambut oleh Timbalan Gabenor Madinah Putera Saud bin Khalid Al Faisal dan Duta Malaysia ke Arab Saudi Datuk Abd Razak Abdul Wahab.

Perdana Menteri dan isteri, yang tiba dari Makkah setelah selesai mengerjakan umrah, akan berada di sini bagi mengunjungi Masjid Nabawi serta menziarahi makam Nabi Muhammad SAW.

Beliau dijadual berlepas ke Riyadh esok bagi memulakan program rasmi di Istana Al-Yamamah pada Selasa.

Lawatan rasmi ke Arab Saudi selama empat hari sejak semalam adalah atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Perdana Menteri seterusnya akan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa untuk bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis