web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua, MINDEF Beli 55 Unit OBM - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 3:59PM

Pembelian ini dibuat bagi menampung penggunaan enjin bot sedia ada ATM yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda. - Gambar dari Facebook Hishammuddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan membeli 55 unit enjin bot atau Outboard Motors (OBM) bagi melengkapkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembelian kecemasan itu akan dimanfaatkan bagi meningkatkan keupayaan operasi di kawasan yang masih dilanda bencana itu.

Menurut beliau, pembelian itu juga dibuat bagi menampung penggunaan enjin bot sedia ada ATM yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda.

“Ia juga boleh dimanfaatkan untuk memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan yang masih ditenggelami air,” katanya hari ini.

Hishammuddin pada Ahad lalu memaklumkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan pembelian kecemasan tersebut untuk kegunaan ATM.

“Saya menerima laporan berhubung situasi yang mana bot ATM terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan terjejas.

“Susulan itu, MINDEF berhubung secara terus dengan Kementerian Kewangan bagi membuat pembelian kecemasan 55 unit mesin bot itu dan Alhamdulillah, permohonan ini diluluskan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Hishamuddin mengesahkan video berdurasi 2.51 minit yang memaparkan sebuah trak milik ATM meredah kawasan banjir.

“Memang itu trak milik ATM. Siang malam redah banjir bawa mangsa yang terjejas, angkut makanan dan barang keperluan.

“Setiap risiko dihadapi dengan berani dan berhati-hati. Ini baru satu kebetulan dirakam orang ramai. Sebenarnya banyak lagi aset ATM melakukan perkara sama di semua kawasan yang dilanda banjir,” katanya.

Beliau pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang menularkan video itu.

“Doakan dan hargai pengorbanan anggota ATM. Mereka tak minta dihargai tetapi mereka memang layak dihargai,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Semasa 4 bulan yang lalu

MINDEF Pertimbang Batal, Buka Semula Tender Jika Gagal Hantar Black Hawk

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah