web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sindiket Judi, Penipuan Pelaburan Guna Apartment Mewah Tumpas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 10:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti jenayah kumpulan sindiket perjudian dan penipuan pelaburan dalam talian yang menjadikan ‘penthouse’ di sebuah apartment servis di Jalan Perak, di sini, terbongkar selepas polis menahan 44 individu termasuk tujuh wanita, semalam.

Dalam Operasi Dadu bermula jam 10 malam itu, suspek berusia 17 hingga 41 tahun ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti jenayah berkenaan menggunakan platform Forex.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata, pihaknya merampas sebanyak 22 komputer riba, 53 set komputer, 286 telefon bimbit pelbagai jenama, satu kad sim dan satu kad akses dalam serbuan itu.

Beliau berkata, sindiket menggunakan ‘penthouse’ terbabit sebagai pusat operasi mereka dengan menyasarkan mangsa dari luar negara seperti Taiwan dan China menggunakan aplikasi WeChat.

“Premis itu dipercayai dijadikan ‘pusat khidmat pelanggan’ sejak Ogos tahun lalu dengan bayaran sewa RM15,000 sebulan.

“Sindiket turut menggaji pekerja dengan bayaran RM2,000 sebulan dan waktu kerjanya bermula jam 12 tengah hari sehingga 10 malam,” katanya hari ini.

Mohamad Zainal berkata, suspek dikompaun mengikut Peraturan 18 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 4) (2021).

"Ia membabitkan kesalahan terbabit aktiviti dengan kehadiran ramai sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan arahan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah),” katanya.

Semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Getaran, 8 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 minit yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 3 jam yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

oleh Wartawan The Malaysian Insight