web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mercu Tanda Gah Dibina, Rumah Mampu Milik Dibiar Tergadai 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 8:59PM

Majoriti penduduk di kawasan bandar di kalangan kumpulan B40 masih belum mampu memiliki kediaman sendiri, justeru kajian semula dasar perumahan negara perlu dilakukan terutama di Lembah Klang. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melaksanakan semula kajian teliti dasar perumahan negara di kawasan bandar, bagi menjadikan Kuala Lumpur dan Lembah Klang mampu didiami oleh semua lapisan masyarakat.

Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Perumahan Awam Kos Rendah Bersepadu (PAKRB), Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di samping Program Perumahan Rakyat (PPR), majoriti kumpulan B40 malangnya masih tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

“Ada yang berpendapat, harga hartanah di Kuala Lumpur dijangka terus meningkat susulan daripada pandemik COVID-19, namun, pembinaan mercu tanda bagi golongan 'kayangan’ dan pembeli antarabangsa terus berlanjutan bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. 

“Aspek perancangan pembangunan bandar memainkan peranan yang sangat penting dan ia mestilah bersifat masa hadapan, di samping mempunyai visi serta misi bagi mewujudkan bandar sebagai kediaman sesuai dan selesa untuk dihuni,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mahathir Mohd Rais
Mahathir Mohd Rais

Secara umumnya, Mahathir memaklumkan, permasalahan pembangunan perumahan di bandar berpunca daripada penawaran rumah mampu milik dan kos rendah yang masih tidak dapat memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah.

Pada masa sama, beliau berkata, harga rumah agak tidak masuk akal ketika ini, lantaran kegilaan pemaju merebut tanah ‘murah’ untuk diubah menjadi sebuah projek perumahan kos tinggi, semata-mata demi meraih keuntungan.

“Pemilikan mahligai sendiri dan perumahan sosial semakin tidak dapat dicapai buat golongan muda di saat ini, malah mereka berdepan situasi genting apabila pasaran pekerjaan semakin mencabar dan dibebani pula hutang sebagai pelajar dan pembaharuan kesejahteraan yang semakin meningkat.

“Inilah yang menyukarkan keadaan mereka yang tinggal di bandar untuk membeli rumah kos rendah. Selain daripada itu, mereka juga perlu menghadap karenah birokrasi dan amalan korupsi di kalangan penjawat awam serta ahli politik dalam penempatan perumahan,”katanya.

Sehubungan itu Mahathir menegaskan, dasar perumahan yang diamalkan kerajaan ketika ini mengundang kemarahan masyarakat di bandar kerana dilihat masih gagal menyediakan pertumbuhan lestari buat kumpulan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, kelemahan yang wujud itu menyebabkan golongan berkenaan kembali berhijrah ke kampung kerana kecewa, apabila tiada tindakan serius daripada kerajaan bagi menangani isu terbabit.

“Jaminan kerajaan bagi projek besar seperti Menara Merdeka 118 membuatkan sukar bagi pengundi muda khususnya di bandar untuk mengetahui apa hasil boleh diharapkan dari suntikan dana berbilion ringgit yang dijanjikan ke arah infrastruktur.

“Kita harus sedar bahawa masa depan dasar kelestarian negara bergantung kepada keberkesanan kerajaan dalam menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat di bandar dan luar bandar,”katanya. - Getaran, 1 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi