web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah Satu Budaya, Bukan Lagi Amalan Korupsi Pemimpin Politik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 10:26AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rasuah tidak lagi dipandang sebagai satu amalan korupsi oleh pemimpin dan parti politik kerana telah menjadi budaya serta dianggap perkara ‘normal’ oleh golongan berkenaan.

Penasihat Kehormat Pusat Islamisasi Ilmu Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Profesor Emeritus Tan Sri Dr Muhammad Kamal Hassan berpandangan, ini berpunca daripada tindak-tanduk pimpinan atasan yang menggunakan alasan melakukan perbuatan terkutuk itu semata-mata untuk kepentingan parti.

Lebih membimbangkan, beliau berkata, pendekatan ‘politik bukan agama’ yang dibawa oleh pemimpin mengubah pandangan rakyat bahawa rasuah ‘halal’ dilakukan oleh parti politik Islam walaupun perbuatan itu sangat ditegah dalam agama.

“Saya merasakan, budaya politik kita sudah rosak. Jadi kita mesti bermula dengan perbaikinya. Perubahan minda dan konsepsi tentang politik juga perlu diubah. Kena balik semula kepada pandangan Islam.

“Dalam ini, anda pemimpin hebat atau tinggi, pokoknya anda ialah hamba Allah yang ditugaskan menjadi khalifah yang menjaga alam dan bumi sesuai dengan kehendak-Nya.

“Bagi saya, ini konsep asas dan kena kembali kepada perkara itu. Jika tidak, kita akan terus sesat di tengah jalan yang mereka tidak sedar perbuatan rasuah itu menghancurkan karier mereka sebagai pemimpin,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Kamal berkata, graf rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini terus meningkat sehingga menjadi barah dan ia perlu dibanteras dengan segera.

“Sekiranya tidak dicegah, lebih ramai kleptokrat akan menyalahgunakan ajaran atau menggunakan kepentingan agama sebagai alasan untuk melakukan perbuatan demikian.

“Rasuah terus berlaku kerana yang terlibat ini melihat kepada kepentingan diri, keluarga, kroni atau parti lebih besar daripada masalah dosa dan pahala,” katanya.

Dalam perkembangan sama menurut beliau, bukan sekadar golongan atasan sahaja malah, pengikut parti juga perlu dididik dengan cara yang tepat untuk memastikan tidak terlibat dalam perbuatan rasuah.

“Saya fikir dalam budaya politik hari ini, pengikut tidak didedahkan dengan satu sistem didikan akhlak yang sesuai dengan politik. Kita boleh semak dengan setiap parti, adakah mereka buat satu sistem pendidikan akhlak untuk pengikut.

“Pengikut juga kena berubah secara menyeluruh, dan parti serta pemimpin perlu melakukan perubahan paradigma agar mereka di peringkat akar umbi mampu memadamkan amalan rasuah yang kini merupakan satu budaya biasa diamalkan oleh pemimpin,” katanya.

Jelasnya, sekiranya gagal dalam membasmi rasuah, ia akan memberikan kesan yang negatif terutama dari segi ekonomi kerana orang luar tidak mempercayai negara ini lagi.

“Orang luar tidak mahu lakukan pelaburan dalam negara sebab kos terlalu tinggi. Mereka akan cari tempat lain yang mana kos tidak tinggi. Jadi, apabila ekonomi rosak dan dunia luar tidak percaya lagi, kita akan dianggap tidak berharga.

“Negara yang tidak ada nilai ialah negara tanpa maruah dan ini boleh menghancurkan,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 49 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 54 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'