web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Api Tak Berhenti, KTMB Gantung Tugas Kakitangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 4:14PM

Kira-kira 100 pelajar SMK Dabong terpaksa berpatah balik ke rumah selepas 30 minit menunggu kereta api di Hentian Kuala Gris.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terbabit dalam kejadian tren tidak berhenti di Hentian Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan, hari ini sehingga mengakibatkan kira-kira 100 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah, sudah digantung tugas.

Jurucakap KTMB, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati, tren Shuttle Timuran No 51 itu yang berlepas dari Stesen Tumpat pada jam 4.05 pagi, disahkan tidak berhenti di Hentian Kuala Gris pada jam 7.08 pagi seperti dijadualkan.

“KTMB memandang serius dan kesal dengan kejadian ini, lebih-lebih lagi ia melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang memulakan sesi persekolahan hari ini.

“Siasatan kini dijalankan dan kakitangan terbabit dengan insiden itu sudah digantung tugas. Tindakan disiplin akan diambil jika berlaku kecuaian,” katanya.

Pada masa sama, KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah atas kekhilafan berkenaan sehingga mengakibatkan pelajar tidak dapat menghadiri sesi persekolahan.

“KTMB memberi jaminan bahawa penambahbaikan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan insiden sama tidak berulang,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 100 pelajar dari Kampung Kuala Gris yang mahu memulakan hari pertama persekolahan selepas Kelantan memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), terkandas apabila kereta api dinaiki ke sekolah tidak berhenti di lokasi sepatutnya. 

Biarpun bersemangat ke sekolah, mereka dilaporkan terpaksa mengambil keputusan berpatah balik ke rumah selepas menunggu 30 minit di Hentian Kuala Gris.

Kumpulan pelajar itu menggunakan kereta api sebagai pengangkutan ke sekolah yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah, memandangkan tempoh perjalanannya lebih singkat iaitu 17 minit, berbanding menaiki kenderaan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 25 minit.

Sesi persekolahan hari pertama bagi penggal ketiga 2021/2022 di empat negeri Kumpulan A, iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu dimulakan hari ini.

Lebih 1.18 juta pelajar dan murid memulakan sesi pembelajaran itu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. - Getaran, 9 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Pendidikan 7 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang