web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah Tiba Masanya Akta Balak Digubal - Ibrahim Ali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 7:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan Rang Undang-Undang Balak (Akta Balak) bagi membendung aktiviti penebangan kayu balak secara tidak terkawal oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali, berkata Malaysia menandatangani Konvensyen Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB) yang menetapkan balak di setiap negeri tidak boleh ditebang sewenang-wenangnya.

Namun, katanya, banjir teruk yang melanda beberapa negeri baru-baru ini, membuktikan wujud pelanggaran perjanjian itu apabila puluhan ribu kayu balak hanyut dan merempuh kediaman penduduk di kawasan pedalaman.

“Setiap kali banjir mesti ada kayu balak hanyut, malah paling buruk, ia merempuh rumah rakyat dan tersadai di jalan raya.

“Keadaan ini juga mengakibatkan kejadian tebing bukit runtuh yang mengundang bahaya, apatah kepada penduduk di tepi sungai dan kaki bukit,” katanya.

Susulan itu, katanya, PUTRA mendesak kerajaan mewujudkan Akta Balak dan mewajibkan setiap negeri mendapatkan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Beliau berkata, Akta Balak itu perlu merangkumi beberapa peraturan ketat dan tegas, seperti hukuman berat, antaranya rotan serta penjara seumur hidup sekiranya terdapat  mana-mana pihak yang menjalankan pembalakan secara tidak terkawal.

Katanya, Malaysia perlu mencontohi Thailand yang mengharamkan penebangan balak kerana dianggap jenayah berat dan mengenakan hukuman bunuh sekiranya pelaku terbukti bersalah.

Datuk Dr Ibrahim Ali
Datuk Dr Ibrahim Ali

“Thailand tidak meluluskan kawasan pembalakan ditebang sewenang-wenangnya, bukan seperti di Malaysia yang melakukan aktiviti itu secara bebas,” katanya.

“RUU itu juga seharusnya menjadi rujukan dan dipraktikkan kerajaan negeri, khususnya di Kelantan, Pahang, Sarawak serta Sabah yang membenarkan pembalakan secara tidak terkawal, malah menyaksikan pokok balak boleh ditebang sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim menegaskan, situasi itu mengakibatkan hutan di negeri berkenaan musnah sejak puluhan tahun lalu, sehingga flora, fauna dan kediaman masyarakat Orang Asli terkesan.

“Ia hasil perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. PUTRA sedih dan kecewa dengan keadaan ini. Di Eropah, balak hanya boleh diangkut menggunakan helikopter demi mengelak kerosakan jalan serta aktiviti mencuri balak secara haram.

“Semua usaha ini boleh dilakukan jika ada kemahuan politik dan semua pihak sayang kepada alam sekitar serta keselamatan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, walaupun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pembalakan adalah prerogatif kerajaan negeri, menjadi keperluan ketika ini untuk kerajaan Pusat mengawasi situasi tidak terkawal itu demi kepentingan masa depan rakyat serta negara.

Menurut Ibrahim, bagi tujuan penyelarasan, kerajaan Pusat boleh menggubal sebuah akta atau meminda akta sedia ada agar aktiviti pembalakan mampu diurus secara bersama dengan kerajaan negeri.

Jelasnya, langkah itu mungkin ditentang kerajaan negeri, tetapi tindakan berkenaan akan mempamerkan secara jelas keprihatinan kerajaan terhadap kepentingan rakyat.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, isu terbabit akan dimasukkan dalam manifesto PUTRA demi membela kelangsungan kehidupan rakyat, sekali gus menjamin kesejahteraan mampan masyarakat.

“Kita (PUTRA) gembira apabila Parlimen akan mengadakan persidangan khas pada 20 Januari ini untuk membahas dan membincangkan isu banjir.

“Namun, keputusan mengadakan persidangan khas itu diharap bukan bersifat retorik semata-mata untuk menunjukkan kerajaan prihatin kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan persidangan bakal diadakan itu selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara, iaitu banjir, pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang berhubung pengurusan bencana berkenaan.

Perdana Menteri berkata, sesi terbabit juga adalah platform terbaik untuk semua Ahli Parlimen mendapat maklum balas mengenai isu banjir. - Getaran, 10 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 13 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang