web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tomahan Terhadap Azam Baki Melampau, Serahkan Siasatan Pada Pihak Berkuasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 12:00PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa memberi ruang agar siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dapat dijalankan tanpa prejudis oleh pihak berkuasa.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Junaidi Awang Besar berkata, dirinya berdiri teguh atas prinsip undang-undang bahawa seseorang tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya, bukan melalui perbicaraan awam atau di media.

Junaidi Awang Besar
Junaidi Awang Besar

Pada masa sama, beliau mempunyai keyakinan tinggi ke atas sistem keadilan jenayah negara ini serta proses perundangan yang menjamin ‘maruah’ individu serta organisasi, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita perlu berpegang pada keluhuran kedaulatan undang-undang dan semua perkara ini ada prosesnya. Perlu ada laporan terlebih dahulu dan selepas itu pihak polis akan jalankan siasatan bagi mendakwa Azam, sekiranya kesalahannya dibolehkan untuk dibawa ke mahkamah.

“Isu ini kita kena tunggu dan tidak boleh terburu-buru. Biar pihak berkuasa jalankan siasatan mereka terlebih dahulu. Kita kena berpegang pada prinsip sesuatu perkara itu tidak akan bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Azam menjelaskan, pembelian saham oleh adiknya, Nasir Baki menggunakan akaun miliknya tidak seharusnya menjadi isu.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka dan ia tidak menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian.

Azam turut menegaskan bahawa dalam isu saham ini, tiada sebarang kesalahan dilakukan dan tuduhan terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas.

Katanya, isu itu telah dijelaskan kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), bahawa akaun sahamnya digunakan oleh Nasir untuk membuat urusniaga.

Pada masa sama, Azam berkata, tuduhan bahawa beliau mengawal banyak syarikat juga adalah ‘total lie’ dan didakwa sengaja dicipta untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.

Tambahnya, tuduhan itu digambarkan seolah-olah beliau mengawal satu konglomerat yang besar untuk menjatuhkan reputasinya sebagai Ketua Pesuruhjaya dan institusi SPRM.

Ditanya jika terdapat keperluan bagi menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bebas, Pensyarah Geografi Pilihan Raya, UKM itu berkata, ada baiknya perkara itu direalisasikan dengan mengguna pakai khidmat pihak berkuasa serta individu yang pakar dalam aspek integriti.

“Namun, penubuhan jawatankuasa itu bergantung kepada pihak atasan dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang ini kita serahkan perkara ini kepada polis.

“Kalau Azam dapat memberikan sebaiknya kepada pihak berkuasa dan membuktikan dia tak bersalah, maka tiada masalah yang berlaku. Apa pun, semua ini bergantung kepada siasatan pihak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berpandangan, siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu dilaksanakan dengan segera kerana membabitkan agensi yang disanjung oleh rakyat.

Hussain Yusri Zawawi
Hussain Yusri Zawawi

Sekiranya masih dipandang sepi, beliau bimbang perkara tersebut akan memberi imej negatif kepada SPRM, sekali gus membuka ruang untuk suruhanjaya tersebut dikecam pelbagai pihak.

“Perlu selesaikan dengan cepat kerana ia memberi pandangan buruk kepada agensi tunggal yang mengelola kelakuan rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Rakyat kini sedang menunggu dan menanti bagaimana proses terhadap Azam dilakukan.

“Jika tidak dilakukan dalam masa terdekat, ia akan menyebabkan masyarakat hilang kepercayaan dan SPRM menjadi bahan mulut pelbagai pihak,” katanya.

Sehubungan itu, Hussain menyeru kepada pelbagai pihak untuk menyerahkan dakwaan terhadap Azam kepada pihak berwajib bagi membuktikan sekiranya ia benar atau sekadar konspirasi semata-mata.

“Biarlah proses perundangan itu dibuat secara sebaiknya dalam memberi keadilan pada kita semua.

“Bagi saya apa yang adil kerajaan akan memulakan siasatan sehingga dia dibawa ke mahkamah sekiranya terbukti bersalah,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global