web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khidmat Masyarakat Hukuman Remaja ‘Mandi Jenazah’ Bukti Kebijaksanaan Mahkamah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2022 7:41PM

Hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap Daniel Iskandar diketepikan dan digantikan dengan khidmat masyarakat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja yang dimandikan seperti jenazah, atas kesalahan cubaan mencuri tabung masjid membuktikan kebijaksanaan badan kehakiman dalam mengendalikan kes itu.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata, masa depan remaja terbabit berkemungkinan terjejas sekiranya keputusan terdahulu membabitkan hukuman penjara dikekalkan.

“PEMBELA mengikuti rapat kes remaja bernama Daniel Iskandar yang tular baru-baru ini dan berakhir dengan keputusan mahkamah menukar hukuman kepada khidmat masyarakat.

“Kita ingin menegaskan bahawa kesalahan tetap kesalahan di sisi undang-undang tetapi bagi kami, keputusan mahkamah ini menunjukkan kebijaksanaan mahkamah kerana masa depan remaja itu boleh rosak jika dipenjara,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, Aminuddin merakamkan penghargaan terhadap pelbagai pihak terlibat dalam kes itu kerana telah berhasil menemui jalan penyelesaian yang sebaiknya.

Semalam, Hakim, Datuk Abd Halim Aman, membuat keputusan terbabit terhadap Daniel Iskandar, 19 dan menggantikan hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Aminuddin Yahaya
Aminuddin Yahaya

Dalam kes itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat, manakala pesalah muda itu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khszairy.

Sementara itu, Aminuddin berpandangan, terdapat keperluan buat Majlis Agama Islam di setiap negeri menetapkan prosedur operasi standard (SOP) kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dalam melakukan tindakan, khasnya dalam menangani jenayah yang berlaku.

Beliau menegaskan, cadangan berkenaan perlu dilakukan agar tidak berlaku sebarang polemik dan konflik dalam kalangan masyarakat.

“PEMBELA turut mencadangkan agar pihak masjid, pusat zakat dan persatuan penduduk perlu diperkasa, disepadu serta dilengkapkan dengan mekanisme bagi menjejak di samping menyantuni orang miskin dan individu bermasalah dalam kariah.

“Langkah itu perlu supaya semangat tolong-menolong dan kasih mengasihi sesama Islam menjadi praktis harian secara menyeluruh,” katanya.

Terdahulu, kes Daniel Iskandar menjadi perhatian ramai selepas ditangkap kerana cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al-Islahiah, apabila video dia dimandikan seperti jenazah tular di media sosial.

Isu itu hangat diperdebatkan netizen di media sosial, apabila sebahagiannya mengkritik tindakan pihak masjid, manakala segelintir lagi menyokong perkara itu.

Minggu lalu, media melaporkan seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang.

Daniel yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. - Getaran, 18 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi