web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berang Isteri Lari Dari Rumah, Suami Bakar Kereta Saudara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 3:09PM

Anggota bomba memadam kebakaran kereta terbabit. - Gambar dari Bomba Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Hanya kerana isteri tidak pulang ke rumah, seorang suami naik berang dan hilang pertimbangan, sehingga sanggup membakar kereta milik saudara wanita terbabit.

Kejadian berlaku di Jalan Indah 4/1, Taman Bukit Indah di sini, kira-kira 6.30 petang semalam. 

Susulan insiden, kenderaan dari jenis Proton Saga berkenaan mengalami kerosakan, dengan 80 peratus kesan kebakaran.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu dipercayai berselisih faham, sebelum wanita terbabit lari ke rumah saudaranya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

"Ketika kejadian, pengadu yang juga saudara mereka terdengar bunyi sistem penggera kereta sebelum keluar rumah dan mendapati kereta miliknya terbakar.

“Beliau cuba memadamkan kebakaran dan pada masa sama, pengadu menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Dzulkhairi berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis berjaya menjejaki suspek dan menahannya di Jalan Indah 5/5, Taman Bukit Indah di sini. 

Menurut beliau, suspek yang berusia 47 tahun dan seorang penganggur mengaku melakukan perbuatan khianat itu selepas disoal siasat.

Katanya, suspek mengaku tidak berpuas hati dengan perbuatan isterinya yang meninggalkan kediaman mereka selepas berlaku perselisihan faham, 1 Mac lalu.

"Siasatan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bersabit kes rompakan bersenjata, manakala saringan air kencing ke atasnya didapati negatif.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Ibarat Sedekah Kepada Penjenayah, Ramai Tinggal Kunci Pada Motosikal - KP Kedah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Anggota Polis Maut Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buru Pencuri Pakaian Dalam Wanita di Balik Pulau

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi