web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembinaan Asrama Pekerja Asing Cetus Misteri, Apa Motif Kerajaan Negeri?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 3:20PM

Kain rentang yang memaparkan bantahan penduduk terhadap pembinaan asrama pekerja asing di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang didesak untuk menjelaskan status pembinaan asrama pekerja bagi penempatan sekurang-kurangnya 30,000 pekerja warga asing di Bayan Lepas, di sini.

Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata, cadangan pembinaan asrama warga asing di tiga lokasi di Bayan Lepas itu akan menyebabkan masalah sosioekonomi yang dahsyat kepada penduduk setempat.

“Apakah logiknya membina asrama pekerja asing bagi menempatkan 30,000 sehingga 50,000 pekerja atau apa-apa jumlah pun, sedangkan tiada kawasan perindustrian baharu di situ.

“Apakah motif sebenar pembinaan asrama di kawasan majoriti masyarakat Melayu dalam daerah Timur Laut ini? Inikah bentuk pembangunan yang ingin dibuat kerajaan negeri,” katanya pada sidang media hari ini.

Difahamkan, kerajaan negeri akan membina tiga asrama pekerja asing di Sg Batu dengan keluasan 2.8 hektar serta di Teluk Kumbar, masing-masing dengan keluasan 4.78 hektar dan 1.4 hektar.

Muhamad Farid Saad menunjukkan peta rancangan pembinaan asrama pekerja asing berskala mega di Bayan Lepas, hari ini.
Muhamad Farid Saad menunjukkan peta rancangan pembinaan asrama pekerja asing berskala mega di Bayan Lepas, hari ini.

Muhamad Farid yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong berkata, pergerakan keluar masuk bas kilang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, berikutan laluan jalan raya yang kecil dan tidak dinaiktaraf sejak sekian lama.

Malah, katanya, nilai hartanah di kawasan sekitar juga akan mengalami susut nilai kerana peningkatan indeks jenayah yang dijangka berlaku akibat kebanjiran warga asing.

“Ambil contoh pembangunan di Relau dan di Taman Nagasari, Juru yang mengalami susut nilai kerana menjadi penempatan warga asing. Kita tidak mahu ia menjadi begitu di sini,'' katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kariah Teluk Kumbar, Datuk Dr Muhammad Idiris Saleh yang turut hadir pada sidang media itu berkata, bantahan pembinaan asrama pekerja asing ini sudah dibuat sejak tahun lalu, namun tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan negeri.

“Penduduk sudah membuat bantahan pada Oktober tahun lalu, malah ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz juga ada menyatakannya secara rasmi pada sidang DUN November lalu.

“Tetapi sehingga kini, tiada mana-mana wakil kerajaan negeri datang jumpa atau mahu mengadakan perbincangan bersama kami,” katanya.

Muhamad Idris berkata, kapasiti warga asing yang tinggi dari penempatan asrama warga asing itu akan menyebabkan jumlahnya hampir menyamai pengundi setempat.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil maklum balas daripada penduduk setempat di lapangan, sebelum membuat sebarang ketetapan.

Pada Oktober lalu, lebih 30 penduduk mengadakan bantahan aman di Teluk Kumbar bagi menggesa kerajaan negeri menolak sebarang cadangan atau pelan pembangunan asrama pekerja asing di Bayan Lepas. – Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang